Buah epal memang bukannya buah kegemaran. Mungkin disebabkan masa kecil2 dulu pernah makan epal dengan kulitnya sekali dan ada rasa kelat. Sejak tu tak suka epal.
|
Dapnyer.. |
Masa di UPM, salah satu subjek yang saya kena ambil ialah Penyediaan Makanan Berkuantiti. Kelas ni ala2 nak jadi chef sebab kami diajar masak macam-macam jenis hidangan dalam dan luar negara. Pernah buat pai epal guna epal granny smith (hmm..sedapnya).
|
Lama dah tak pergi sini. Banyak perubahan.
Masa nak tunggu kelas selalu lepak kat foyer. |
|
Mudanya masa ni..he..he.. |
|
Throwback |
|
Ala2 camni bentuk pai yg kami buat. |
Masa ni barulah nak cuba makan epal balik. Banyak jenis epal dan lain2 rasa. Paling suka Fuji epal dan tak suka Washington epal (sebab kulitnya tebal sikit dan kelat). Granny smith masam dan sesuai buat masakan. Ada juga orang yang goreng epal ni macam goreng pisang dan gaul dengan gula perisa kayu manis. Rasanya kalau nak makan epal segar, saya tetap kena buang kulitnya. Lagipun epal import kadang2 kulitnya tak berapa elok dimakan. Betul ke ada letak lilin untuk tahan lama masa 'shipping'? Yang berkilat2 tu tandanya ada lilin. Ada petua untuk buang lilin ni kata rendam epal dalam air lemon campur baking soda.
|
Maklumat ni jumpa kat internet |
No comments:
Post a Comment