"Eh, minum 'black coffee'? Macam opah-opah kat kampung je."
Saya pernah keluar makan dengan Watie dengan anak-anak dia beberapa bulan yang lalu. Wah, lagi terkejut tengok Naufal ,Rayyan dan sikecik Adam pun suka minum kopi! :). Boleh jadi geng la.
Disebabkan minat dengan kopi, saya bekerja sebagai management trainee di San Francisco Coffee KLCC lepas tamat ijazah di universiti. Agak susah juga nak dapat kerja ni sebab terpaksa melalui 3 peringkat temuduga, tapi sebab nak juga kerja kat coffee shop, saya usahakan juga. Walaupun tak lama bekerja di sini, tapi tahulah serba sedikit tentang jenis-jenis kopi dan cara nak buat kopi yang dijual ikut menu. Minggu pertama kerja sahaja terpaksa hafal resepi untuk semua menu yang ada termasuk bahan-bahan dalam kek dan kuih yang ada di outlet. Pengalaman ni memang seronok. Mat saleh memang suka kopi. Pelanggan yang datang pun kebanyakannya pemuzik dari Orkestra Philharmonic di KLCC. Semasa di sini la saya tahu apa beza dan rasa esspresso, latte, macchiato, cappucino atau americano. Dah lama tak pergi sini. Note to myself : must go there and enjoy my coffee as a customer. He..he..
Info tentang kopi:
1. Ada artikel yang kata "Coffee is discovered by goat". (Betul ke? Kalau betul lucu la.)
2. Minum kopi jangan lebih dari 1 atau 2 cawan sahaja sehari.
3.Kopi ada banyak antioksidan.
4. Kopi boleh jadikan kita lebih gembira. (Ye ke?)
5. Jangan minum kopi waktu malam. Nanti tak boleh lena. zzz.
6. Coffee make your brain healthier and make you intelligent. (Bestnyer...)
No comments:
Post a Comment