About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Monday, February 23, 2015

ENJOY WORKING?

Enjoy working? Baru-baru ni saya membaca artikel tentang topik ni. Mungkin sebab nak cari semula perasaan semasa mula-mula bekerja dulu. Dulu rasa semangat sangat sebab teruja dapat kerja. Ahli keluarga pun pelik sebab saya  tukar ke bidang pendidikan walaupun semasa belajar dulu bidang yang berbeza. Daripada aliran Sains terus menceburkan diri dalam bahasa. Walupun rasa rugi ilmu yang pernah dipelajari di universiti dulu tak digunakan dalam pekerjaan sekarang, namun pengetahuan dan pengalaman dulu masih dalam ingatan. Segulung diploma atau ijazah tu walau apa pun bidangnya, ia boleh dijadikan tiket untuk berjaya dalam apa juga pekerjaan yang diingini. Ada juga pelajar sekarang yang terlalu memilih jurusan yang diterima di universiti kerana tidak minat. Nasihat saya supaya mereka rebutlah peluang untuk belajar walaupun apa yang kita inginkan tidak dimiliki. Allah sudah ada perancangan untuk masa depan kita. Buat yang terbaik dan teruskan berdoa.

Suka kata-kata ni.
credit to:http://theappliciousteacher.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment