About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Thursday, January 10, 2013

DIFTONG,VOKAL BERGANDING, DIGRAF,KONSONAN BERGABUNG


Isu beza antara keempat-empat tajuk di atas menjadi masalah kepada guru-guru, murid-murid dan ibu bapa. Saya masukkan sedikit tentang tajuk ni sebab Aliyah susah nak siapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgunya hari ini. Semoga sedikit ilmu yang dikongsi ini dapat membantu.

Diftong : 

 Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan dan disebut dalam satu suku kata atau satu sebutan bunyi.
Contohnya:  wau,  pulau, aising, landai, zaitun

Vokal berganding:

Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan, tetapi terpisah sebutan bunyinya dalam suku kata.
Contohnya: daun, air, ajaib, luar

Digraf:

Apabila wujud dua huruf konsonan (selain a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan  dalam perkataan seperti ng, ny dan sy.
Contoh: nganga, nyanyi,syair

Konsonan Bergabung:

Apabila terdapat dua atau lebih konsonan yang duduk berturutan dalam satu perkataan.
Contoh : trak, ekspres, sains,straw

Namun, ada bahan rujukan yang menyatakan digraf dan konsonan bergabung tu sama sahaja. Perkara ini perlulah dirujuk kepada orang yang lebih arif dalam bidang ini. Wallaualam...

Nota dalam blog ni saya tulis untuk membantu anak saudara saya siapkan kerja rumah Bahasa Malaysia Tahun 2. Silibus KSSR ni lain sedikit daripada KBSR. Jika tidak pasti, sila buat lebih banyak rujukan kepada orang yang lebih pakar, he..he..

Buah cempedak di luar pagar, 
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baharu belajar, 
Kalau salah, tolong tunjukkan.

34 comments:

  1. syair , sy itu konsonan bergabung juga?

    ReplyDelete
  2. Digraf sama dengan konsonan bergabung bermaksud dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. BIKIN PENIN LA...TGK CM SAMA TP XSERUPA JGK...

    ReplyDelete
    Replies
    1. No comment. Saya pun bukannya pandai tentang ni...

      Delete
  5. TQ .BLOG INI BYK MEMBANTU SAYA

    ReplyDelete
  6. sangat bermanfaat untuk ajar anak kat rumah.... tq

    ReplyDelete
  7. Ms writer..tq so much for your effort..really useful...

    ReplyDelete
  8. Tq so much...alhamdullillah at least i can teach my girl & solve her homework. Thanx again.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Susah jga yek,ni tgah ajar adik wat bunyi bahasa,bahasa malaysia PBS.Nasib baik ada ni snang ckit.tq....

    ReplyDelete
  11. Sama-sama. Sekadar berkongsi pengetahuan yang cetek ni.Tak sangka pula post saya ni dapat bantu orang lain.

    ReplyDelete
  12. Thanks..my nephew punya homework :-(

    ReplyDelete
  13. Terima kasih Ms Writer. Akhirnya dpt bantu anak saya siapkan homework dia :))

    ReplyDelete
  14. tq..byk menbantu sy. ..anak tahun 3 blk rumah mntak sy ajarkan dia buat homework...bila sy tny, cikgu ajar mcm mn...jwpan...entah...kakakpun xfaham....laju sgt...cgku bg keje suruh buat di rumah...

    ReplyDelete
  15. Terima kasih. Rujukan paling mudah jumpa dlm Google. Anak saya juga Tahun 2 baru mempelajarinya. Jazakallahu khairan khatira.

    ReplyDelete
  16. Ini Tunjuk Menu Bahasa Malaysia Sangat
    Saya Suka Ini

    ReplyDelete
  17. Mudah faham.. ringkas dan padat.. tqvm..

    ReplyDelete
  18. Terima kasih... Terus boleh jawap soalan tahun dia anak saya. :)

    ReplyDelete
  19. Tkasih banyak2 ...senang saya ajar anak guna panduan blog ini...

    ReplyDelete
  20. bolehkah saya tahu " tuala " adalah Vokal berganding atau diftong?

    ReplyDelete
  21. Baru la paham sikit2.... adoiii..zaman saya dulu xde plak bunyi2 ghupe ni.. tq!!

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah. Terima kasih! Dpt bantu ank2 buat homework. ....

    ReplyDelete
  23. Tumpang tanya kalau kalau, "sungai" ialah diftong atau digraf?

    ReplyDelete
  24. air dan ais ialah vokal bergabung. Adakah benar "aiskrim" ialah konsonan bergabung (digraf)??

    ReplyDelete
  25. Thank you for your good answer. Helps a lot

    ReplyDelete