About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Tuesday, May 27, 2014

SAMBUTAN HARI GURU 2014 SKPP11(1)

Selamat Hari Guru untuk para guru SKPP 11(1). Majlis meriah  dan tahniah AJK.
Idea tema pakaian "Jika Saya Bukan Seorang Guru" dapat sokongan padu semua guru.  Semoga kita semua akan lebih bersemangat dan berkhidmat dengan penuh dedikasi. Terima kasih cikgu! 

Ikrar guru dan nyanyian Guru Malaysia

Guru-guru yang berangan nak kerja lain. Hari ni je kami boleh pakai.




Ramai yang jadi doktor hari ni. 

 Wajah warga SKPP 11(1)


PERTANDINGAN MASTER CHEF HARI GURU
Pertandingan diadakan mengikut rumah sukan. 
Wakil rumah 3 orang guru perempuan.
 Berposing dulu..





Ketua chef Kak Liza.


Juri penilai (GB dan GPK) sibuk mencatat markah.

PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA 
Peserta merupakan guru lelaki sebagai wakil rumah masing-masing.
Cikgu KZ yang sibuk membuat bunga. Wah ramai peminat cilik.

MAKAN-MAKAN


Potluck murid-murid memang pelbagai jenis makanan. 
Terima kasih kepada murid-murid 5 Unix kerana belikan cikgu kek yang sedap.
5 Unix dengan Cikgu Sofian (guru pembantu 5Unix)


PERSEMBAHAN MURID DAN KARAOKE

 Murid-murid prasekolah yang comel.
 Guru Besar tunjuk bakat karaoke.
 
 Pengawas2 yang rajin menjalankan tugas.

 Waktu tengah hari semua kepenatan. Terima kasih kerana beri cikgu hadiah.
Niat ikhlas kamu cikgu terima. Semoga berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran.

Saturday, April 19, 2014

BUKU2

Tiga buah buku yang menarik minat saya bulan ini. 3 genre yang berbeza supaya dapat menambah ilmu. Insyaallah. Jika nak ikutkan azam tahun baru, memang nak tambah jumlah bacaan setiap bulan, tapi tak sempat la pulak. Kononnya nak menyahut seruan lecturer masa belajar di universiti dulu. "Orang yang banyak membaca ialah orang yang berilmu"
 Tajuk buku ni simple je "CUIT". Semasa beli buku ni saya tertarik dengan tajuknya dan kata-kata ni: Dilema Melayu Moden. Buku ni adalah artikel dari akhbar Utusan Malaysia tulisan Zaini Hassan. Genre buku ni tentang politik di Malaysia. Saya belum habis baca lagi. Tetapi setakat artikel 41 yang saya baca, memang buku ni menarik. Tak menyesal beli dan baca buku ni. Best. Tumbs up!
 Buku La Tahzan Buat Guru yang Bijak ni saya jumpa di kedai buku semasa nak cari hadiah untuk Kak Niera. Saya beli  sebuah untuk K.Niera dan sebuah lagi untuk saya sendiri kerana kami berdua guru.  Semoga isi kandungan buku ini dapat memberi pengetahuan dan motivasi kita menjadi pendidik yang ikhlas dan mengajar demi Allah s.w.t.
 Quote yang menarik: 
'The mediocre teacher tells,
The good teacher explains,
The superior teacher demonstrates,
The great teacher inspires'
- Willliam Arthur Ward.
Novel yang macam menarik. Tapi belum mula baca lagi. Tak pernah baca karya penulis ni. 

ANAK SOLEH


Tuesday, March 25, 2014

BERSABAR

Semoga semua ahli keluarga penumpang MH 370 sentiasa berdoa dan bersabar.


Wednesday, March 12, 2014

MAIN MASAK-MASAK?

Hari ni semua unit beruniform SKPP 11(1) buat aktiviti memasak. Bersemangatnya memasak tak kira lelaki atau perempuan. Mi goreng masin pun kata sedap. Tahniah kepada penganjur aktiviti dan guru-guru penasihat. Murid-murid memang gembira. 




 







 

Monday, March 10, 2014

PESAWAT MH 370

Semua rakyat Malaysia mendoakan keselamatan semua penumpang dan semoga MH 370 ditemui secepat mungkin. Insyaallah. Amin.

Setiap ujian yang Allah beri pasti ada hikmahnya. Semakin Allah sayang kepada seseorang hambaNya, semakin kuat ujian buatnya.

"This is my journey. Allah puts me here. So i just have to carry on and trust Allah"