Tiga buah buku yang menarik minat saya bulan ini. 3 genre yang berbeza supaya dapat menambah ilmu. Insyaallah. Jika nak ikutkan azam tahun baru, memang nak tambah jumlah bacaan setiap bulan, tapi tak sempat la pulak. Kononnya nak menyahut seruan lecturer masa belajar di universiti dulu. "Orang yang banyak membaca ialah orang yang berilmu"
Tajuk buku ni simple je "CUIT". Semasa beli buku ni saya tertarik dengan tajuknya dan kata-kata ni: Dilema Melayu Moden. Buku ni adalah artikel dari akhbar Utusan Malaysia tulisan Zaini Hassan. Genre buku ni tentang politik di Malaysia. Saya belum habis baca lagi. Tetapi setakat artikel 41 yang saya baca, memang buku ni menarik. Tak menyesal beli dan baca buku ni. Best. Tumbs up!
Buku La Tahzan Buat Guru yang Bijak ni saya jumpa di kedai buku semasa nak cari hadiah untuk Kak Niera. Saya beli sebuah untuk K.Niera dan sebuah lagi untuk saya sendiri kerana kami berdua guru. Semoga isi kandungan buku ini dapat memberi pengetahuan dan motivasi kita menjadi pendidik yang ikhlas dan mengajar demi Allah s.w.t.
Quote yang menarik:
'The mediocre teacher tells,
The good teacher explains,
The superior teacher demonstrates,
The great teacher inspires'
- Willliam Arthur Ward.
Novel yang macam menarik. Tapi belum mula baca lagi. Tak pernah baca karya penulis ni.
No comments:
Post a Comment