About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Saturday, June 2, 2012

MEMANCING IKAN DI SAWAH

Tahun ni aktiviti memancing ikan di tepi sawah bermula lagi. Selang dua tahun baharu ada semula ikan kat sawah depan rumah ni. Ini kali pertama saya tengok sendiri, sebab balik kampung sempena cuti sekolah. Selalunya tengok sawah dari jauh je. Paling banyak ikan puyu dan ada juga ikan haruan. Seronok tengok orang memancing apabila dapat ikan. Sawah yang diusahakan oleh syarikat swasta ni masih lagi hijau. Kalau padi sudah masak dan aktiviti menuai dijalankan menggunakan mesin nanti, air sawah akan dikeringkan. Ikan -ikan ni sama ada akan berkumpul dalam lopak air atau mati kena mesin menuai.
Yaya dan Aisyah
Bersungguh-sungguh Pn Asmah memancing ikan. Katanya untuk suka-suka je.Dapat ke tidak ikannya? Nampak macam kecik je ikan puyu tu. He..he..he...
Cantiknya pemandangan masa padi belum masak, hijau dari hujung sini, sampai ke hujung sana. Sekali-sekala balik kampung, baharulah kita dapat tengok pemandangan macam ni. Dah bertahun tak jejak kat sawah. Tahun ni sebab nak tengok ikan kat celah-celah rumpun padi tu, turun juga saya ke sini. Subahanallah, menakjubkan ciptaan Tuhan. Entah dari manalah datangnya ikan-ikan yang banyak tu ye? Puan Asmah kata, mungkin dari sungai tempat aliran air masuk ke sawah ni agaknya. Tapi...memang banyak la. Best je tengok.


Quotes to share:


Jika hidup kamu dalam kekosongan, dampingilah keesaan Tuhan…nescaya kamu akan beroleh ketenangan jua kedamaian…

When a miracle happens, even if not to you, its nature is to naturally expand. You can almost feel the warmth on your face - Hugh Elliott

TIPS MENJAWAB SOALAN KARANGAN SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI UPSR

Soalan 2:
Kamu telah mengikuti lawatan ke suatu tempat yang menarik.
Tulis sepucuk surat kepada sahabat kamu untuk menceritakan pengalaman kamu mengikuti lawatan.

Teknik menjawab:
Baca soalan dan cari kata kunci yang menunjukkan format. Contohnya dalam soalan ini, terdapat 2 ayat. Ayat pertama merupakan maklumat, manakala ayat kedua merupakan arahan. Dalam ayat kedua, terdapat kata kunci "tulis sepucuk surat kepada sahabat kamu".
Surat kiriman ada 2 jenis iaitu surat kiriman rasmi dan surat kiriman tidak rasmi. Jika surat dikirim kepada sahabat atau ahli keluarga, mestilah menggunakan format surat kiriman tidak rasmi.

Contoh kesalahan menjawab soalan:


Komen:
1.Karangan tidak mengikut kehendak soalan. Sepatutnya format surat kiriman tidak rasmi.
2. Semua cerita dalam satu perenggan sahaja. Sepatutnya pecahkan dalam 6 perenggan.
3. Banyak kesalahan struktur ayat ,penggunaan perkataan, dan tanda baca.
4. Isi karangan masih ada yang berkaitan dengan tema soalan.
5. Pencapaian tahap minimum.

Tips peperiksaan:
1. Kalau tak tahu jawab soalan surat kiriman tidak rasmi ni, pilih soalan lain yang lebih mudah.Contohnya soalan nombor 3, format karangan keperihalan.

Soalan 3:
Semasa cuti persekolahan baru-baru ini, kamu dan keluarga telah pulang ke kampung. Banyak pengalaman menarik yang telah kamu peroleh semasa berada di sana.Ceritakan pengalaman kamu itu.

2. Selepas siap menulis karangan, tolong semak dengan membaca semula soalan dan jawapan kamu. Betulkan kesalahan dari segi format, struktur ayat, kosa kata, tanda baca dan ejaan.
3. Pastikan tulisan kamu kemas dan boleh dibaca oleh pemeriksa. Jangan buat tulisan seperti cakar ayam.
4. Ingat teknik menjawab yang cikgu ajar. Semasa membaca dan memilih soalan, cari dan bulatkan kata kunci untuk mengetahui format karangan.
5. Jangan lupa buat rangka karangan dahulu sebelum mula menulis karangan.
6. Lain kali buat ulangkaji sebelum peperiksaan ye. Jangan malas....
7. Format karangan mesti dihafal dan bukan sekadar faham sahaja.
8. Beri perhatian semasa guru mengajar dan buat banyak latihan.
9. Jika tidak faham, cepat-cepat tanya cikgu. Jangan duduk diam-diam dan berpura-pura faham. Nanti kamu yang rugi.

Cara membuat rangka karangan:

Cari ruang di bawah soalan untuk membuat rangka karangan.Mulakan dengan menulis 1,2,3,4,5 dan 6 yang mewakili perenggan dalam surat kiriman tidak rasmi kamu.

1. Kata pendahuluan surat ( Menemui.../Kehadapan...) dan bertanya khabar.

2. Tujuan menulis surat. (Mengapa?)

3. Isi 1 : Persiapan sebelum sampai ke tempat lawatan. (Siapa? Di mana? Bila?)

4.Isi 2 :Pengalaman semasa berada di tempat lawatan.(Apa? Siapa? Mengapa? Bagaimana?)

5.Isi 3 : Peristiwa menarik yang berlaku semasa lawatan dan persiapan untuk pulang.

6. Penutup surat : harapan kepada penerima . Sekian, terima kasih.

* Setiap guru ada tips dan teknik menjawab soalan yang berbeza-beza. Tepuk dada, tanya selera. Gunakan teknik menjawab yang kamu faham dan mahir melaksanakannya. Walaubagaimanapun, latih diri kamu untuk menjawab secara bijak supaya dapat kejayaan cemerlang dalam UPSR. Wallahualam.-As
Quotes to share:

*Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak.

*Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.

*Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket.
-virtualfriends.net

Friday, May 25, 2012

SAMBUTAN HARI GURU SKMC 2012


SKMC mengadakan sambutan agak lewat iaitu pada 25 Mei 2012. Acara bermula seawal 8 pagi. Walaupun memenatkan, namun guru-guru dan murid-murid gembira. Terima kasih kepada murid-murid yang beri cikgu hadiah dan selamat bercuti kepada semua.


Gelagat guru2 dan murid2 sepanjang sambutan:





QUOTES TO SHARE:



*An understanding heart is everything in a teacher,
and cannot be esteemed highly enough. One looks back with
appreciation to the brilliant teachers, but with gratitude to
those who touched our human feeling. The curriculum is so
much necessary raw material, but warmth is the vital
element for the growing plant and for the soul of the child.

Carl Jung (1875 - 1961)

Wednesday, May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU


Terima kasih kepada semua guru dan pensyarah yang telah menyampaikan ilmu serta membimbing saya. Juga kepada rakan-rakan guru tidak kira dimana sahaja terutamanya kepada semua guru di SK Marian Convent Setapak. Selamat Hari Guru, semoga sentiasa sihat dan dirahmati segala perjuanganmu mendidik anak bangsa.

Khas untuk semua guru yang pernah mengajar saya di :-

1. SK Jeram Mengkuang, Bidor, Perak
2. SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor Perak
3. Sek Sultan Muhammad Jiwa, Sungai Petani Kedah
4. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
5. Maktab Perguruan Ilmu Khas Cheras
6. Semua pensyarah di Universiti Putra Malaysia.

Sunday, May 13, 2012

SELAMAT HARI IBU

Doa untuk ibu bapa:
Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Lunakkanlah ucapanku di depan mereka
Perindahkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..
Selamat Hari Ibu untuk Pn Asmah bt Abu Bakar daripada kami semua. Terima Kasih atas pengorbanan dan kasih sayangmu.

Wednesday, May 9, 2012

AKIM CUTE PICS


Gambar-gambar Akim yang comel2 ni saya postkan di sini.

Hmm...sedapnya keropok tu..

Nak tidur je rupa Akimni.


















cute
Ha..sedang buat nakal ni..
Spiderman wannabe


cantiknya rambut..

Sunday, May 6, 2012

MAJLIS BERTUNANG MUHAMMAD RIDHUAN aka MAMAT

Berkumpul dan makan-makan masa majlis pertunangan Mamat di Bandar Bukit Mahkota. Tahniah !





Quote to share:
I still find each day too short for all the thoughts I want to think,all the walks I want to take,
all the books I want to read,and all the friends I want to see.

John Burroughs



Monday, April 23, 2012

PERGI 'SWIMMING'

Ramai-ramai pergi 'swimming' di kolam Percint 9 Putrajaya. Wah, nampak best je Aliyah, Yaya, Harras, Hadif dan Akim berendam dalam kolam.
Si kecik Zafirah ni pun nak ikut mandi kolam.
Aliyah dan Yaya ni lumba renang ke?
Harras dan Hadif tu pandai ke berenang?

Akim main tepi-tepi kolam je..?

Sunday, April 1, 2012

WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK

"Kenapa buku yang dihantar tidak cukup 20 buah? Siapa yang tak siap kerja rumah? Sila angkat tangan. Jujur!" tanya Cikgu Ana.

Cikgu Ana menunggu beberapa minit, namun tiada sesiapa yang mengaku.

"Cikgu, kita panggil nama seorang-seorang cikgu," cadang Chong ketua kelas 5 Cemerlang.
"Baiklah, kalau tak mengaku juga, cikgu panggil nama. Kalau dapat pesalah tu...kenalah kamu. Kenapa nak mengaku kesalahan pun susah sangat? Perlu buang masa cikgu dan kawan-kawan pulak?" marah Cikgu Ana lagi kerana kesal dengan sikap muridnya itu.
"Semua berdiri. Duduk jika nama kamu dipanggil," kata Cikgu Ana.

Akhirnya, hanya Suman seorang sahaja yang berdiri. Dialah murid yang tidak menghantar kerja rumah tersebut.
"Suman, kamu tidak hantar buku latihan?" tanya Cikgu Ana dengan nada marah.
"Saya, cikgu.." jawab Suman, murid 5 Cemerlang dengan muka bersalah.
"Kenapa kamu tidak siap? Bukankah kamu sudah berjanji dengan cikgu semalam untuk siapkan dan hantar hari ini?" marah Cikgu Ana.
Suman membatukan diri dan tidak menjawab pertanyaan gurunya. Dia hanya tunduk memandang kasutnya yang comot dengan kesan kotoran.
"Kamu dengar tak? Cikgu tanya, kenapa tak siap kerja rumah?" tanya cikgu dengan nada yang lebih marah lagi.

Walaupun soalan tersebut diajukan berulang kali, namun Suman masih mendiamkan diri dan masih tidak memberikan sebarang alasan. Ini membuatkan cikgu Ana menjadi semakin berang. Akhirnya Suman didenda berdiri dan disuruh menyiapkan kerja tersebut setelah diberi amaran. Namanya juga dicatat dalam buku kesalahan disiplin kelas. Suman melaksanakan arahan yang diberi dengan rasa tidak puas hati terhadap gurunya. Timbul rasa benci kepada guru dan matapelajaran tersebut kerana dia menganggap Cikgu Ana tidak memahami masalahnya.


Situasi seperti cerita di atas sering berlaku di dalam kelas. Timbul pertanyaan dalam diri saya sebagai seorang guru: Mengapa murid seperti Suman tidak memberi alasan atau membela diri apabila telah melakukan kesalahan atau melanggar peraturan?. Jauh sekali untuk meminta maaf daripada gurunya. Bagaimana pula reaksi guru ketika situasi seperti di atas berlaku?

Isu ini saya timbulkan semasa sesi perbincangan di dalam kelas Pendidikan Moral. Beberapa orang murid memberi alasan bahawa mereka takut, rasa bersalah, malu dan sebagainya. Apabila ditanya pernahkah kamu berfikir seperti Suman, yang menganggap bahawa diri tidak disayangi ibu bapa, tidak disukai guru-guru dan dibenci kawan-kawan. Majoriti murid-murid mengakui bahawa mereka sering mempunyai perasaan seperti itu kerana sering dimarahi.

"What you give, you get back" Ungkapan ini yang mampu saya keluarkan. Jika kita mahu diri disayangi, kita perlu tahu cara untuk mendapatkannya. Saya selalu berpesan kepada murid saya, memang susah untuk mempertikaikan atau mengubah sikap orang lain. Lebih mudah jika kita ubah sikap kita sendiri dan betulkan kesalahan kita. Jika kita beri positif, kita akan dapat positif. Tetapi, jika sikap kita negatif, sudah tentulah reaksi orang lain terhadap kita juga negatif.
HAPPY STUDENT = HAPPY TEACHER
Namun, seorang guru berperanan untuk membentuk sikap positif dalam kalangan murid-muridnya. Oleh itu, sudah menjadi tugas guru memberi teguran. Fahamilah wahai anak-anak muridku, teguran cikgu itu kerana kami sayangkan kamu.....

Mendidik murid untuk mengamalkan nilai murni memang susah. Namun, sebagai seorang guru, kita juga manusia biasa. Saya rasa bertuah kerana di samping memberi nasihat kepada murid-murid, saya juga dapat mengingatkan diri sendiri untuk mengamalkan nilai murni dalam kehidupan.Mungkin itulah salah satu hikmah menjadi seorang guru.
Saya tertarik dengan ungkapan yang saya dengar daripada seorang pembaca berita TV9 (tapi tak ingat namanya) iaitu,
 "Buatlah baik dalam kehidupan kita, walaupun sebesar biji sawi".


Website kat bawah ni ada pendapat tentang guru:
http://penwithavoice.blogspot.com/2010/10/tribute-to-teachers.html