Saya tulis entry ni sebenarnya bermula waktu cari maklumat tentang personaliti kelahiran Disember. Ada yang memberi maklumat dalam bentuk zodiak. Dari sudut astronomi, zodiak terdiri daripada gugusan buruj atau rasi bintang di sepanjang garisan matahari.(Sumber: wikipedia ).
Saya pernah tanya pensyarah psikologi pendidikan semasa belajar di universiti dahulu, bagaimana cara untuk faham personaliti orang terutamanya guru yang ada lebih kurang 30-40 orang murid di dalam kelas. Beliau cadangkan saya baca buku tentang body language. Kami bincang juga tentang personaliti mengikut bulan kelahiran seseorang. 2 perkara ini banyak sangat membantu saya untuk faham diri sendiri, orang lain dan terutamanya murid2.Salah satu buku yang saya beli dan baca bertajuk 'The Definitive Book of Body Language' tulisan Allan and Barbara Pease.
Perkara menarik yang saya ambil daripada buku ini:
Jangan berpeluk tubuh atau rapatkan kedua2 tangan semasa mengajar, kerana ini memberi tanggapan kita tidak mahu ditanya atau tidak bersifat terbuka. Dicadangkan supaya sentiasa ada eye contact, mengadap ke arah orang yang mendengar dan buka kedua2 tapak tangan untuk memberi maklum bahawa kita jujur, setia dan dipercayai semasa menyampaikan pengajaran atau maklumat kepada murid-murid.
Sagittarius ada 'delete button'. Maksudnya, jika tidak sesuai
lagi, delete sahaja daripada hidup mereka.
Ye, setuju! Buat sesuatu untuk jaga hati sendiri lebih baik.
Well said!
No comments:
Post a Comment