Murid2 tahun 6 mulakan pagi seperti biasa. Rutin solat dhuha, solat hajat dan bacaan yasin.
Hari ni debarnya lebih sikit. Sebelum ambil keputusan.
Suntikan kata2 semangat sebelum ambil result oleh dua orang guru bimbingan dan kaunseling yang hebat. Kak Wa dan Athiah. Good Job!
Nasihat oleh 2 orang ustaz.
Berebut tengok mesej daripada Eda dan Puan Rohana. Kami harapkan berita gembira. Tak yakin langsung kita tahun ni...takut merundum keputusan UPSR kami.
Lepas dengar 21 orang 6A baru boleh senyum kan kawan2. Tahun lepas kita menangis kerana 6orang sahaja 6A. Alhamdulillah...tak sia-sia pengorbanan kami, murid2 dan ibu bapa calon UPSR 2017.
Tunggu GB dengan Eda sampai.
Happy sampai tak ingat2 ye...
Lucu la kak Sha berlari2 nak masuk gambar juga.
Macam pasar borong dalam bilik fail ni.
Serius nampak... Eda tu kelentong kak Nonie ye.
Rasa nak berdarah telinga dengar suara K.Sha yang excited dengan budak Mimosa dia. Kata Shura, nyaris kita tak pekak.
Buat analisa cepat Cik S/U Peperiksaan dan Pn Penyelaras Tahun 6.
Kami dah sedia nak beri keputusan. Tunggu parents dan murid je.
Air mata gembira. Tahniah kembar 6A dan 5A1B.
Aiman 6A
Fariha 6A
Amir ke tu? 6A
Naqib
Anis ke? 6A
Tahniah Kak Nor dan suami. Dina 6A
Pasar Borong dalam Bilik Fail. Hah..ha..
Tahniah Team Tahun 6 SKPP11(1).
Kita sahaja yang tahu betapa penatnya kita tahun ni untuk kekalkan kecemerlangan murid dan sekolah. Walau apa pun, yang paling utama kita bekerja penuh keikhlasan, tanggungjawab dan kasih sayang kepada murid dan sekolah. Kita mahu setiap murid mencapai kecemerlangan yang diingini seadilnya seperti kakak dan abang mereka sebelum ini. Alhamdulillah.
Tahniah untuk semua guru SKPP11(1) dari Prasekolah hingga Tahun 6. Setiap orang telah memainkan peranan penting yang merealisasikan kejayaan merereka.
Team BM :Asfa, K.Mini, K.Liza dan K.Noris. Kita berjaya dapatkan
100% lulus Pemahaman dan Penulisan. Terima kasih atas kerjasama semua.
6 Alamanda dan 6 Alpinia, cikgu bangga dengan kamu semua.
Keputusan A dan B sahaja dalam Bahasa Melayu.
6Alamanda
19 orang 6A
BM Pem = 34 A, 1B
BM Pen = 32 A, 3B
6 Alpinia
2 orang 6A
BM Pem= 29 A, 6B
BM Pen= 18 A,17 B
Walaupun ada yang tidak mendapat A keseluruhan subjek, tetapi murid2 semua menunjukkan peningkatan yang sangat ketara berbanding semasa kamu semua di Tahun 5. Cikgu bangga. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment