About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Sunday, August 2, 2015

SAMBUTAN AIDILFITRI SKPP11(1) 2015

Sambutan Aidilfitri tahun ini asalnya dirancang pada waktu pagi, tetapi terpaksa diadakan waktu petang hari  Jumaat bermula pukul 2.30 hingga 5.00 petang . Walaupun hujan sekejap tengah hari tu, namun majlis dapat dijalankan dengan meriah. Majlis dimulakan agak lewat dan ada beberapa acara pertandingan yang terpaksa dibatalkan. Sebagai FM majlis bersama Eda, kami  rasa agak kecewa kerana aturcara terpaksa diubah disebabkan kekangan masa. Penyampaian hadiah pakaian cantik kategori kelas dan guru serta pertandingan karaoke raya juga ditunda pada hari Isnin. Alhamdulillah, murid-murid dan guru-guru merasa gembira walaupun banyak halangan sebelum sambutan tahun ini diadakan. Terima kasih kepada semua guru SKPP11(1) yang bekerjasama dengan FM dalam menjayakan majlis.

Sofa dan karpet tak dapat diletak atas pentas tahun ni sebab hujan..:(

Cikgu2 yang memang suka bergambar ;)

Guru-guru SKPP11(1) yang sentiasa ceria dan sporting walaupun letih



Eda, kita FM tahun ni tak banyak gambar,kan. Sedih..:(






GB menyampaikan duit raya









6Debian



Setelah selesai majlis. 

No comments:

Post a Comment