About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Tuesday, October 15, 2013

SEDAPNYA LASAGNA

 Kali pertama saya rasa lasagna semasa pergi ke Restoran Pizza Hut waktu sekolah dulu. Wah sedap juga rasanya. Macam mana nak buat sendiri? Tak pernah terfikir pun nak buat sebab masa dulu tak minat sangat makan lasagna. Hanya tahu lasagna ni makanan yang berasal dari Itali.
Perkataan lasagna tu datangnya dari perkataan Yunani Lasagnum yang bermaksud hidangan atau mangkuk. Orang Itali menukar nama lasagnum menjadi lasagna. Lasagna terdiri daripada pasta nipis yang dilapisi daging, keju dan sos tomato. Sekarang ni dah ada bermacam-macam resepi untuk buat lasagna ni jadi lebih sedap.
Saya dapat resepi lasagna ni daripada seorang kawan. Resepinya dah diubah sedikit dan ditambah kentang lenyek yang menjadikan rasanya seperti shepherd's pie. Boleh juga dikatakan lasagna kacukan shepherd's pie. He..he..

 Saya gunakan San Remo Instant Lasagna. Jadi tak perlu rebus pasta tu. Boleh terus lapis-lapis dengan intinya.
 Tiga bahan penting yang sudah dimasak untuk dilapis-lapiskan. Inti merah dibuat daripada daging dan tomato puri, inti putih pula daripada butter,tepung dan susu (roux) dan akhir sekali mesti ada kentang lenyek yang dicampur dengan butter dan dua sudu coffee mate.
 Rupa bahan yang telah dilapis-lapis. Akhir sekali ialah lapisan kentang lenyek dan ditabur dengan keju banyak-banyak kat atasnya.
Inilah dia lasagna yang telah siap dibakar selama 40 minit dengan suhu 150'C. Hmm...sedapnya. Terima kasih kepada Kak Azita yang sudi kongsi resepi ni dengan saya.

No comments:

Post a Comment