About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Sunday, February 20, 2011

Master Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan






Mesti ada yang cari tajuk Master Pengurusan Pentadbiran Pendidikan ini dan dapati tiada info tentang tajuk kat sini. Saya dan dua orang rakan saya kat atas tu telah pun selesai menghabiskan course kami selama 4 semester di UPM Serdang pada bulan Disember 2011.

Jurusan yang kami ambil ialah MPPP (Master Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan))
without thesis. Saya mengikuti MPPP tanpa tesis untuk mendapatkan ilmu dan lebih mendalami tentang pentadbiran pendidikan memandangkan saya merupakan lepasan KPLI dan sangat cetek pengetahuan tentang pentadbiran dalam bidang pendidikan. Kursus kami merupakan kursus PJJ (Pendidikan Jarak Jauh) dan kelas yang kami ikuti diadakan setiap hari Sabtu dari pukul 8.00 pagi hingga 7.00 malam. Jadi, setiap hari Sabtu kami berkuliah di Dewan Kuliah Pusat di UPM.

Pengalaman bekerja sambil belajar memang memenatkan dan memerlukan komitmen yang tinggi. Jika ingin mencuba dan melanjutkan pelajaran lagi, perlu fikir betul-betul sama ada sanggup berkorban atau tidak.

Tahniah kepada semua rakan sekelas yang telah berjaya lulus dalam CE (Comprehensive Test) dan melayakkkan kita bergraduasi. Jumpa lagi semasa konvokesyen tahun 2012 nanti...

THE LAST SONG

Nicholas Sparks merupakan salah seorang penulis buku yang saya suka. Ini buku kelima karya beliau yang saya dah baca selain Message in a bottle, A bent in the road, A walk to remember dan Dear John. Selain The last song, Message in a bottle dan A walk to remember telah dijadikan filem. Setelah membaca buku dan menonton filem cerita ini, saya dapati walaupun jalan ceritanya sama, namun banyak plot dan tempat diubah suai dalam filem ni dan tak sama dengan keadaan yang dinyatakan dalam buku. Walaupun kedua-duanya best, namun saya lebih prefer baca bukunya kerana lebih detail dan menarik. Di bawah ni, saya sertakan ringkasan ceritanya. Walaupun banyak perkara tak dapat dinyatakan di sini, namun boleh memberi gambaran tentang buku ni. Jika nak tahu lebih lanjut, baca dan tonton sendiri...

Ringkasan cerita:

The last song mengisahkan tentang seorang remaja perempuan berumur 17 tahun bernama Ronnie daripada sebuah keluarga yang telah berpisah. Ronnie, adik lelakinya Jonah dan ibunya tinggal di Manhattan. Dia menyalahkan bapanya kerana bercerai dengan ibunya semata-mata ingin mengejar kerjaya sebagai seorang pemuzik. Ronnie telah meninggalkan bakat dan minatnya sebagai pemain piano kerana bencikan bapanya. Namun, pada suatu cuti musim panas, ibunya telah menghantar Ronnie dan adiknya supaya menghabiskan cuti bersama bapa mereka di Wrightsville Beach, North Carolina.

Ronnie memberontak dan tidak melayan bapanya dengan baik. Dia menolak sikap baik bapanya dan kerap melawan kata bapanya sepanjang dia di situ. Namun, bapanya bersabar dengan karenahnya. Ronnie bergaul dengan budak nakal dan terlibat dengan perkara yang tidak elok.

Dipendekkan cerita, akhirnya Ronnie mendapat tahu bahawa bapanya menghidap penyakit kanser perut dan kansernya telah merebak ke bahagian paru-paru dan pankreas. Bapanya ingin menghabiskan saat-saat terakhir hidupnya bersama anak-anaknya. Ronnie juga menyesal kerana mendapat tahu bahawa perceraian mereka adalah berpunca daripada ibunya. Akhirnya Ronnie mengambil keputusan untuk menjaga bapanya hinggalah dia menghembuskan nafas terakhirnya di rumah mereka yang terletak di tepi pantai. Sebelum bapanya meninggal dunia, Ronnie telah membantu ayahnya menyiapkan sebuah lagu yang sedang digubahnya semasa beliau sedang sakit.

Setelah bapanya meninggal dunia, Ronnie telah membuat keputusan untuk menerima tawaran belajar di Juilliard (Music School). Musim panas yang dihabiskan oleh Ronnie (Veronica) di Wrightsville Beach itu memberi kesedaran kepadanya tentang cinta, keluarga dan masa depan....