PENYELIAAN KLINIKAL
1. Adalah suatu intervensi yang disengajakan
ke dalam proses pengajaran.
2. Adalah berorientasikan matlamat.
3. Menyambungkan suatu hubungan kerja
profesional di antara guru dan penyelia.
4. Memerlukan suatu tahap saling percaya
yang tinggi, seperti yang tergambar dalam
pemahaman, sokongan dan komitmen
kepada pertumbuhan.
5. Adalah sistematik, walaupun ia
memerlukan suatu metodologi yang
fleksibel dan berterusan berubah.
6. Mengandaikan penyelia tahu tentang
analisis pengajaran dan pembelajaran dan
juga tentang interaksi manusia yang
produktif.
ANDAIAN DI SEBALIK PROSES
PENYELIAAN KLINIKAL
1. Mengajar adalah suatu set aktiviti kompleks
yang memerlukan analisis yang teliti.
2. Guru-guru adalah profesional yang
bertanggungjawab dan cekap yang
memerlukan pertolongan jika ia ditawarkan
dalam cara yang mesra.
3. Tujuan penyeliaan klinikal adalah untuk
membantu guru-guru mengubahsuai pola
pengajaran sedia ada.
SUATU MODEL PENYELIAAN KLINIKAL
1. Pra-persidangan dengan guru
2. Pemerhatian bilik darjah
3. Menganalisa dan mentafsir pemerhatian
dan menentukan pendekatan persidangan
4. Pasca-persidangan dengan guru.
BEBERAPA TEKNIK PEMERHATIAN
Pemerhatian Generik
• Menggunakan suatu borang penilaian yang piawai, pemerhati membuat nota-nota anekdot dan komen tentang kelas atau pelajaran secara keseluruhan. Seringkali borang-borang ini akan mempunyai unsur-unsur pelan pelajaran lima langkah yang piawai atau kecekapan guru yang boleh disemak atau dikomen seperti yang sepatutnya.
Penceritaan Terbuka Berkecuali.
• Pemerhati merekod setiap orang, peristiwa atau benda yang menarik perhatiannya. Melibatkan penulisan ekstensif untuk merekod secra objektif semua peristiwa kelas, pernyataan dan latihan yang signifikan.
Kritikan Pendidikan
• Dimodelkan mengikut gaya pengkritik seni, format ini memerlukan pemerhati yang mahir untuk menilai pelajaran sama seperti seorang pengkritik menilai hasil seni, filem atau buku. Bahasa adalah expository dan penulisannya cuba untuk merakam suasana dan keadaan kelas.
Pola Soalan-Respon
• Pemerhati menggunakan carta tempat duduk untuk merekod sifat pelajar dan guru merespon kepda soalan-soalan yang dijana guru.
Prosedur dalam Penyeliaan
• Sebelum penyeliaan – penyelia dan guru bincangkan rangka kerja dan bersependapat tentang bidang-bidang utama yang akan dinilai
• Semasa pelajaran – perhatikan kekuatan dan kelemahan, dan catatkan cadangan-cadangan
• Selepas pelajaran yang diperhatikan -
– penyelia membuat temujanji dengan guru untuk perbincangan susulan
– Guru membuat sedikit nota penilaian bebas
– Perbincangan bermula dengan bertukar-tukar nota penilaian.
Kategori-kategori untuk Pemerhatian Bilik Darjah (Brown, J.D. 1995)
• Kadar kecepatan pelajaran
– Semangat, hubungan mata, bahasa tubuh, suara, pergerakan, kelajuan, kawalan proses pembelajaran, teknik-teknik berbeza, dan latihan-latihan yang digunakan
• Penyampaian Guru
– Pelajaran sebelumnya, organisasi, objektif, contoh-contoh, aktiviti berpusatkan pelajar, peluang untuk belajar, ringkasan perkara-perkara utama dll
• Pengurusan kelas
– Arahan, selok-belok daftar, gangguan, susunan tempat duduk, suasana selesa, dll
• Bahan bantu mengajar
– Menggunakan pandang-dengar, berguna, sedia, penggunaan berkesan, bahan sebaran jelas, bahan maujud digunakan, ICT, CALL, dll
• Hasilan pelajar
– Termotivasi, terlibat secara aktif dalam pelajaran/bahagian pelajaran berpusatkan pelajar, pembetulan, pentaksiran, dll,