HAPPY BIRTHDAY AND STAY HEALTHY! |
About Me
- Ms. Writer
- بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.
Monday, March 19, 2012
Sunday, March 18, 2012
MARY JANE PERTAMA SAYA
MJ Klasik |
Walaupun tak berapa suka design kasut tu, tapi terpaksa pakai gak. Harganya pun boleh tahan mahalnya berbanding design yang tak berapa nak cantik tu. Adalah kebaikan tambahan kat kasut tu sebab di dalamnya ada arch support.
MARY JANE SCHOLL SAYA |
Tapi sekarang ni dah terbiasa dengan design Mary Jane, kerana nampak unik dan klasik. Saya dah pun beli Mary Jane yang kedua sebulan selepas itu. Tambah semangat nak pakai Mary Jane ni, bila dengar lagu Fergie yang bertajuk Mary Jane. Terfikir dalam hati, "Oh....kasut Mary Jane ni popular ye...aku yang tak tau, he..he..". Sekarang ni, dah rasa selesa memakai kasut jenis ni walaupun mula-mula beli dulu untuk tujuan kesihatan. Walaupun design asal Mary Jane bertumit rendah dan lebar, tapi sekarang ni dah dimodenkan dan ada yang bertumit tinggi dengan pelbagai design menarik, cuma pilih ikut kesesuaian dan kehendak sendiri. Bukan nak promote kasut, tapi ceritakan pengalaman.....saya taklah pakai yang tinggi-tinggi tu..bahaya.
MARY JANE
Menurut sumber yang pernah saya baca, Mary Jane ni asalnya adalah watak dalam siri komik Buster Brown yang dicipta oleh artis Richard Outcault pada tahun 1902. Mary Jane tu watak adik kepada watak utama komik ni. Buster Brown sendiri yang memberi ilham untuk jadikan Mary Jane sebagai jenama kasut..
Kasut Mary Jane klasik dulu diipakai oleh kanak-kanak, biasanya dibuat daripada kulit berwarna hitam atau bercorak yang mempunyai tali yang diikat dengan gesper(buckle) atau butang. Toeboxnya luas dan bulat, bertumit rendah dan mempunyai outsoles yang nipis. Mary Jane tradisional dipakai dengan pantyhose atau stoking bersama skirt atau blouse.
YSL tribute to Mary Jane Suede Pumps (Nampak macam bahaya je pakai kasut tinggi macam ni...) |
QUOTES TO SHARE:
You have brains in your head,
You have feet in your shoes,
You can steer yourself,
Any direction you choose.
You're on your own,
And you know what you know,
And you are the one who'll decide,
Where to go....
-Dr Seuss (1904-1991)-
Friday, March 16, 2012
Exercise untuk Prolapse Intervertebral Disc (PID)
Abdominal Isometrics:
Latihan ini boleh dilakukan dimana saja, ketika duduk, berdiri atau berbaring. Hanya tarik otot perut anda ke dalam dan tahan untuk selama yang anda boleh (bernafas cam biasa. Bayangkan seperti menarik pusat anda ke arah tulang belakang anda. Jika anda berbaring di atas lantai atau katil, tekan belakang anda lebih rendah ke dalam permukaan tempat yang anda berbaring . Pastikan untuk relakskan abdominal dengan latihan ini, dan tidak menggunakan kaki anda untuk membantu. Lakukan sehingga 10 ulangan.
Crunches atau Curl-up:
Baring rata dengan lutut bengkok, hulurkan tangan ke arah lutut anda dan tekan belakang anda lebih rendah ke lantai. Perlahan-lahan mengangkat kepala dan bahu anda ke atas, tahan selama 2-4 saat sebelum kembali perlahan-lahan ke kedudukan permulaan. Ingat, ini adalah berbeza daripada standard sit-up dan bukan cuba untuk menaikkan bahu anda dengan tinggi. Buat sehingga 10 ulangan mengikut kemampuan anda.
Meniarap (ada orang kata baring atas perut). Angkat kaki kanan tahan dalam kiraan 8. Ulang 10 kali untuk setiap kaki (kiri dan kanan). Buat juga dalam keadaan baring menelentang untuk kedua-dua kaki.
Lower Back dan Hip Stretch:
Baring rata di atas belakang anda dengan lutut dibengkokkan dan tangan letak di sisi anda. Perlahan-lahan bawa lutut anda ke sisi kanan , biar selama beberapa saat, dan kembali ke kedudukan permulaan. Ulangi untuk sisi kiri. Buat sebanyak sepuluh kali untuk setiap kaki (kiri dan kanan). Buat ikut keselesaan dan jangan paksa badan anda jika terasa sakit. Gerakan ini akan mengurangkan tekanan pada saraf anda. Memanng boleh kurangkan sakit kalau buat dengan cara yang betul. Tapi take time la.
Hamstring Stretch:
Baring dengan lutut anda dibengkokkan. Naikkan satu kaki perlahan-lahan dan letakkan tangan anda di belakang lutut. Luruskan kaki anda seberapa banyak yang anda boleh, dan tarik ke arah dada anda. Tahan selama beberapa saat, kemudian kembali ke kedudukan permulaan dan ulangi dengan kaki lain. Jangan memaksa latihan ini! Anda harus merasa regangan di bahagian belakang paha anda. Jika anda merasa sakit atau ketidak selesaan di tempat lain, berhentikan latihan ini sehingga anda lebih kuat. Saya tak boleh buat lagi latihan ni. Cuma sekali-sekala buat perlahan-lahan.
Kalau nak buat aktiviti lain, doktor sarankan orang yang ada PID untuk berenang atau berjalan kaki, sebab kedua-dua aktiviti ni tidak terlalu berat dan takkan cederakan lagi sakit anda. Selain itu, latihan ni juga dapat membakar kalori dan mengawal berat badan anda. Apa-apa pun, jangan paksa diri jika tak mampu.
Artikel ni saya tulis untuk kongsi pengalaman. Sekurang-kurangnya dapat membantu kurangkan kesakitan. Tapi....jangan harapkan keajaiban dan nak cepat-cepat sembuh. Perlulah ada kesabaran, tawakkal kepada Allah. Insyaallah.
Wallau'alamLook to your health, and if you have it,
praise God (Allah) and value it next to conscience;
for health is the second blessing that we mortals are capable of, a blessing money can't buy.
Tuesday, March 13, 2012
LATE BIRTHDAY WISH TO MY SISTER...SORRY..
To my sister Asfaziahtun Zakaria (Kak Yang)
Happy Belated Birthday
"Stay happy and positive, no matter what happens in your life"
Monday, March 12, 2012
KIDZANIA
Saya mengetahui tentang Kidzania ni melalui sebuah stesen radio semasa memandu ke sekolah minggu lepas. Ada iklan promosi tentang Kidzania di The Curve Damansara. Masa tu taklah nak tau sangat cuma tertarik nak tahu kerana tempat ni hasil usahasama syarikat-syarikat swasta untuk menjayakan aktiviti kat situ.
Semalam, Aisyah, Yaya dan Aliyah ceritakan pengalaman mereka pergi ke sana. Jadi, saya post kan maklumat tentang Kidzania ni kat blog, kalau2 ada yang berminat nak ke sana masa cuti sekolah seminggu ni. Banyak faedah dan pengetahuan jika sertai aktiviti yang ada di sana.
Semalam, Aisyah, Yaya dan Aliyah ceritakan pengalaman mereka pergi ke sana. Jadi, saya post kan maklumat tentang Kidzania ni kat blog, kalau2 ada yang berminat nak ke sana masa cuti sekolah seminggu ni. Banyak faedah dan pengetahuan jika sertai aktiviti yang ada di sana.
Yaya dan Aliyah
Laporan kat bawah ni dipinjam dari (http://nationalnews7161.blogspot.com/2011/04/kidzania-kuala-lumpur-at-curve.html) yang dah diubah suai dan dialih bahasa ke Bahasa Malaysia.
KidZania Kuala Lumpur di The Curve NX Mutiara Damansara di Petaling Jaya dibuka pada pertengahan tahun 2011. (Officially dah dibuka pada 28 Februari 2012). Dikenali sebagai Taman Tema Pendidikan untuk Kanak-kanak,ia berkeluasan 80,000 kaki persegi dan taman tema ini tentu akan menjadi buah mulut sebagai tempat untuk anak-anak menimba pengetahuan. KidZania ini juga telah memenangi anugerah taman tema tertutup yang sangat popular di bandar raya seperti Tokyo dan Jakarta selain negara asalnya di Mexico. Mexico ialah tempat di mana Taman Tema KidZania diwujudkan pada tahun 1999. Kanak-anak yang berkunjung ke sini boleh bermain dalam replika bandar yang sebenar, lengkap dengan kedai-kedai, jalan-jalan dan bangunan yang dibuat dan dikendalikan oleh kanak-kanak ini sendiri. Ia merupakan bandar olok-olok yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh kanak-kanak.
Di sini, kanak-kanak dapat melibatkan diri dalam aktiviti "dewasa" berpura-pura untuk "bekerja" sebagai lelaki penghantaran pos laju, anggota bomba, pegawai polis, jururawat, doktor gigi, pergi ke kolej, menghadiri kelas memasak, menjadi seorang pegawai CSI, belajar bagaimana untuk membaiki kereta,mengambil lesen memandu dan sebagainya dan mendapat Kidzos(duit di bandar ni) untuk berbelanja di Kidzania(menurut Yaya yang dapat banyak gaji hasil kerja yang dibuatnya di sana). Ia adalah satu cara terbaik untuk mengajar mereka nilai wang.
Kidzania Kuala Lumpur ini terletak di tingkat 6 dan 7 pusat membeli-belah tujuh tingkat dipanggil Curve NX, yang terletak di sudut persimpangan The Curve, Ikea dan Tesco. Ia adalah bangunan bekas McDonald dahulu. Ia juga disambungkan ke pusat membeli-belah The Curve melalui Jambatan Sky. Projek besar-besaran juga dibangunkan bersama oleh Khazanah dan Boustead Group Malaysia di mana sejumlah RM50 juta telah dilaburkan. Mereka menjangka taman tema ini akan mempunyai 500,000 pelawat setiap tahun. Nampaknya seperti semua cawangan lain di seluruh dunia mempunyai sebuah pesawat terbang yang melekat keluar dari bangunan tersebut atau yang terletak di suatu tempat di dalam premis. Bagi outlet Kuala Lumpur, terdapat Pesawat AirAsia Airbus melekat keluar dari bangunan.
Enam syarikat di Malaysia juga mengambil bahagian dalam penajaan KidZania Kuala Lumpur. Mereka adalah AirAsia, Honda Malaysia, New Straits Times Press, CIMB Group dan Pos Malaysia. Setiap syarikat akan komited untuk membiayai pembangunan dan paparan lengkap seperti keadaan sebenar dan bersaiz kanak-kanak yang akan beroperasi mengikut perniagaan masing-masing di taman tema ini.
Jika mahu ke sana perlu beli tiket dan harganya agak mahal. Kemasukan juga terhad dan perlu beli tiket cepat-cepat. Lagi elok beli on-line terutama jika hendak pergi waktu hujung minggu. Masa ni ramailah sikit orang kat sana. Jadi, gunakan sepenuhnya untuk menimba ilmu dan mencuba sesuatu yang baharu jika berpeluang di bawa ke sana nanti. Aishah, Yaya dan Aliyah telah merancang untuk ke sana sekali lagi kerana kata mereka, belum puas dan belum habis mencuba semua jenis pekerjaan yang ada.......Hmm....nampak macam best, kan.
Jika mahu ke sana perlu beli tiket dan harganya agak mahal. Kemasukan juga terhad dan perlu beli tiket cepat-cepat. Lagi elok beli on-line terutama jika hendak pergi waktu hujung minggu. Masa ni ramailah sikit orang kat sana. Jadi, gunakan sepenuhnya untuk menimba ilmu dan mencuba sesuatu yang baharu jika berpeluang di bawa ke sana nanti. Aishah, Yaya dan Aliyah telah merancang untuk ke sana sekali lagi kerana kata mereka, belum puas dan belum habis mencuba semua jenis pekerjaan yang ada.......Hmm....nampak macam best, kan.
INFO KANAK-KANAK
Sekolah memang sinonim dengan kanak-kanak. Walaupun dah bulan Mac sekarang ni, masih ada lagi murid tahun satu yang menangis bila datang sekolah. Ada yang perlu ditunggu oleh ibu atau nenek. Hmm...macamana ye? Kalau di taska, bolehlah dipujuk-pujuk selalu dan muridnya tidak ramai seperti di sekolah biasa. Selalunya kalau terjadi situasi begini, kerjasama ibu bapa dan guru-guru memainkan peranan penting. Tujuan kita sama sahaja, inginkan anak-anak semua berjaya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dan menjadi orang yang dapat berilmu, berbakti, dihormati dan tahu menghormati orang lain.
Beberapa informasi yang saya dapati secara on line dan dari buku kat bawah ni, boleh dikongsi bersama....
Pernah dengar tentang EQ? Emotional Quotion atau EQ ni sering diabaikan sebab dulu kita hanya pentingkan IQ jer. Ada beberapa kebaikan mendidik EQ budak-budak (mengikut buku yang saya baca la..)
Kebaikan teori EQ (emotional quotion) dlm mendidik anak2 terutamanya anak kecil. menurut Goleman , 1996 terdapat 5 domain kecerdasan emosi iaitu
1.mengenali emosi sendiri
2.mengurus emosi sendiri
3.memotivasikan emosi negatif
4.mengenali emosi org lain
5.mengendali perhubungan
Tapi, EQ ni kena dipupuk dan dididik sejak kecil oleh ibu bapa. Kalau nak tahu lebih lanjut, cari info tentang EQ ni dan baca sendiri. Banyak pengetahuan dan maklumat yang menarik tentang tajuk ni....
Tantrum
Tantrum ni, macam budak yang suka mengamuk dan merengek la...hmm...macam murid yang menangis di sekolah, merajuk, menjerit-jerit dan lari keluar kelas. Kejadian ni berlaku di sekolah dan berlaku juga dengan anak saudara saya...he..he...
Ketika Tantrum Terjadi
Jika tantrum terjadi dan ibu bapa tidak dapat mengawal situasi, maka beberapa langkah patut diambil;
Memastikan situasi sekeliling –
Sekiranya sianak tantrum di depan orang awam, bawa anak ke satu sudut yang jauh dari penglihatan awam dan biarkan anak melempiaskan emosinya di situ untuk seketika. Ketika anak tantrum, jauhkan darinya benda-benda yang boleh dia capai (barang merbahaya) untuk elakkan dia dari tercedera atau orang lain.
Ibubapa harus bersabar (berkeadaan tenang) –
Jaga emosi, mulut dan tangan. Jangan sampai memukul dan berteriak-teriak marah pada anak.
Endahkan (ignore) ketika anak tantrum –
Ketika si anak tantrum, sebaiknya ibu bapa jangan memujuk, bercakap, memberi nasihat, berargumen dan seumpamanya yang bertujuan mengambil hati anak. Kerana ketika tantrum, perasaan amarah menguasai dirinya dan dia tidak akan mendengar kata-kata nasihat dari ibu bapanya. Jalan terbaik ialah membiarkan anak untuk seketika, biar dia lepaskan kemarahan itu. Tantrum akan cepat berakhir sekiranya ibu bapa tidak campur tangan dengan memujuk, memaksa atau memarahi anak.
Jika sianak masih lagi tantrum –
Ibu bapa hendaklah memeluk anak dengan dakapan kasih sayang. Akan tetapi ada ibu bapa yang malu dengan kerenah anaknya yang sedang tantrum. Maka, moleknya ibu bapa hendaklah berada tidak jauh dari anak dan bercakap dengan anak yang menunjukkan anda sayang padanya. Dengan kaedah itu, si anak berasa aman, tenang dan tahu bahawa ibu bapanya ada dan tidak menolak sikap negatifnya.
Video kat atas ni saya pinjam dari internet. Ibu ini memang penyabar menangani rengekan anaknya. Kadang kala jika ada kanak-kanak merengek dan mengamuk di pasaraya atau tempat awam, ada yang rasa menyampah, mengejek dan ketawa. Ada juga yang mengatakan ibu bapa ini terlalu memanjakan anak. Tiada ibu bapa yang suka perkara ini terjadi, jadi orang awam perlulah faham dan jangan bersikap negatif. Selalunya anak yang mengamuk keterlaluan seperti ini, mungkin kanak-kanak autisme. Oleh itu, pemeriksaan doktor perlu dilakukan supaya setiap kali berlaku tantrum, ibu bapa tahu menanganinya dengan betul.
Ketika Si anak Kembali Tenang
Saat Tantrum si anak sudah reda, tak kira seberapa parahnya ledakan emosi yang telah terjadi tersebut, janganlah diikuti dengan hukuman, nasihat-nasihat, teguran, maupun sindiran. Juga jangan diberikan hadiah apa pun, dan anak tetap tidak boleh mendapatkan apa yang diinginkan (jika Tantrum terjadi kerana menginginkan sesuatu). Dengan tetap tidak memberikan apa yang diinginkan si anak, ibu bapa akan dapat melihat konsistensi dan anak akan belajar bahawa dia tidak boleh memanipulasi ibu bapanya.
Ingat, ibu bapa hendaklah mendidik anak dengan mengajak anak mendengar (nasihat) kata kita, dan bukan mendengar katanya. Jika sejak mula sudah terbiasa mengikut katanya, inilah kesan sampingan sikap-sikap negatif yang akan terdapat pada diri si anak.
Berikanlah belaian kasih sayang dan rasa aman/tenang anda kepada anak. Ajak anak membaca buku atau bermain bersama. Tunjukkan kepada anak, sekalipun dia telah buat salah, sebagai ibu bapa anda tetap mengasihinya.
Setelah Tantrum berakhir, orang tua perlu mengevaluasi (selidiki kembali) mengapa sampai terjadi Tantrum. Apakah benar-benar anak yang berbuat salah atau ibu bapa yang salah memberi respon terhadap perbuatan/keinginan anak? Atau kerana anak merasa frustrasi, lapar, atau sakit? Fikir secara positif dan ini perlu, agar ibu bapa boleh mencegah Tantrum berikutnya.
Jika anak yang dianggap salah, ibu bapa perlu berfikir untuk mengajarkan kepada anak nilai-nilai atau cara-cara baru agar anak tidak mengulangi kesalahannya. Kalau memang ingin mengajar dan memberi nasihat, jangan dilakukan setelah Tantrum berakhir, tapi lakukanlah ketika keadaan sedang tenang dan selesa bagi ibu bapa dan anak.
Waktu yang tenang dan selesa adalah ketika Tantrum belum dimulai, bahkan ketika tidak ada tanda-tanda akan terjadi Tantrum. Saat ibubapa dan anak sedang gembira, tidak merasa frustrasi, tidak letih dan tidak lapar merupakan saat yang ideal.
(Untuk artikel tantrum ni, saya ambil dari forum perbincangan. Tak ingat lak siapa penulisnya..TQ)
Satu lagi info adalah tentang Kelas Sichida yang diuruskan oleh orang Jepun. Jadi saya share kat sini....artikel ni pun dari salah satu pendapat dari forum tu.
Kaedah melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise penggunaannya.
1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat dia sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah....Kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation.
2. Start guna cards untuk ajar anak. Buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat..macam..a...b..c..d..e, insya allah cepat ingat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar,gambar...potonglah gambar kat mana-man dsb....
(Tapi flash card mesti disertakan juga dengan benda-benda maujud(betul-betul) supaya budak lebih faham perkara yang diajar atau ditunjukkan. Lagi elok jika praktikal.)
3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. Memang le kite yang kene mngemas tapi takpe.........satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh dieorang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai....sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.
4. jg marah-marah atau tengking anak........sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah takpa pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....
5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat dieorang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memanglah merapu takpa.........kita pun bukan tak biasa merapu.......
6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option cam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan.
Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama. kalau lama-lama Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks.......Buat kena ikhlas, and merendah diri sikit bila dah terror ini semua satu cara yng tuhan lagi maha mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur.
Terima kasih kat akak yang tulis artikel tentang pengalamannya menghantar dan praktiskan tentang Kelas Sichida pada anak dia..
Saya sertakan info tentang anak yang suka merengek yang saya dapat ni. Boleh jugak ditujukan artikel ni kepada kakak saya supaya anak saudara saya yang suka merengek tu dapat ditangani....insyaallah.
Anak yang suka merengek
Menghadapi anak kecil yang suka merengek, ibu bapa harus mempunyai kesabaran yang tinggi kerana ia mudah sekali menangis. Tingkah laku ini(rengetan) berhubung rapat dengan temperament anak. Umumnya temperament anak dibahagi kepada tiga:
1)mudah
2)sukar
3)lambat (slow to warm up).
Untuk mengetahui temperament anak kita, ibubapa perlu melihat ciri-ciri mudah, sukar, dan lambat ini semenjak anak masih bayi. Anak yang tergolong dalam kumpulan pertama sangat mudah menyesuaikan diri dalam situasi yang baru. Sebaliknya anak yang tergolong dalam kumpulan kedua sukar menyesuaikan diri dengan menunjukkan reaksi yang negatif bila diletakkan dalam situasi yang baru. Anak yang tergolong dalam kumpulan ketiga pula lambat serta memerlukan masa tertentu untuk menyesuaikan diri. Secara umumnya anak-anak yang selalu merengek adalah anak-anak yang mempunyai temperament sukar dan lambat.
Faktor penyebab dan cara-cara melayani anak-anak yang suka merengek
1. Keadaan fizikal anak
Anak yang mengantuk, kepanasan, kedinginan, kelaparan, kehausan dan tidak sihat umumnya suka merengek.
Sikap Ibu bapa:
Perlu peka terhadap keadaan fizikal anak dan cari punca kenapa anak merengek dan selesaikan permasalahan itu. Umumnya dalam keadaan ini, anak akan kembali ceria jika keperluan fizikalnya sudah dilayani
2. Mencari perhatian
Kadang-kadang anak inginkan perhatian.Ini sering berlaku kerana ibu bapa biasanya memberikan perhatian kepada anak hanya bila dia merengek sedangkan tidak ketika anak berkelakuan baik. Akibatnya, si anak "belajar" bahawa keinginannya(perhatian) hanya akan dipenuhi sekiranya dia merengek-rengek sambil menangis.
Sikap ibu bapa:
* Jangan berikan perhatian istimewa ketika anak merengek. Jangan penuhi permintaannya sehingga ia menyedari bahwa cara yang telah dilakukan itu tidak benar. Tindakan ini juga dapat mendidik anak mengendalikan dirinya.
* Ajak anak berkomunikasi dengan baik, didiklah dia bahawa cara yang dilakukannya itu adalah salah. Misal, "Kalau merengek macam ni.. ibu tak tahu dan tidak faham apa yang Nina mahu. Cuba cakap baik-baik dengan ibu, beritahu elok-elok dengan ibu apa yang Nina mahu.."
* Berilah perhatian kepada anak setiap masa, terutama ketika dia berkelakuan baik dan tidak merengek. Bentuk perhatian itu cukup dengan kata-kata seperti, "Ibu bangga Nina tidak merengek ketika mandi tadi.."
3. Ingin menunjukkan kekuatannya
Anak kecil memiliki kecenderungan untuk menolak atau membantah terhadap ibu bapa. Anak-anak ingin menunjukkan bahawa dirinya pun mempunyai keinginan atau pendapat. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu risau sekiranya dalam banyak perkara anak kecil kerap menolak dan lebih menyenangi pilihannya sendiri. Bila keinginannya tidak terpenuhi, ia akan menyebabkan anak merengek. Apalagi ramai ibu bapa yang bersikap memaksakan anak mengikut kehendak mereka kerana merasakan ibu bapalah yang paling berkuasa.
Sikap Ibu bapa:
Jangan memaksa anak mengikut keinginan kita. Cubalah secara diplomasi seperti memberi pilihan kepada anak asalkan matlamat asal kita tercapai. Melalui cara ini, kita sebenarnya mendidik anak untuk membuat keputusan sehingga dapat memupuk rasa keyakinan diri pula. Contohnya, bila anak menolak untuk dimandikan, berilah pilihan, "Nina nak mandi dengan air panas atau air sejuk?" Melalui cara ini, tujuan untuk memandikan anak dapat dicapai dan anak pula boleh membuat keputusan dari dua pilihan itu sehingga tidak terasa seperti dipaksa oleh ibu bapanya. Sedikit sebanyak anak merasakan bahawa dia berkuasa ke atas dirinya sendiri.
4. Terluka perasaannya
Biasanya ini terjadi bila anak dimarahi. Ini juga akan membuatkan anak merengek dan mungkin tanpa sedar mengucapkan kata-kata yang menyakitkan, seperti, "Nina benci pada ibu." Ungkapan itu sesungguhnya hanya untuk menunjukkan rasa sedihnya. Namun, bila mendengar ucapan itu ramai ibu bapa menjadi semakin marah.
Sikap Ibu bapa:
Ibu bapa harus bersabar. Peluklah anak sambil menenangkannya seperti, "Ibu sayang pada Nina. Nina jangan menangis lagi ye.." Dengan pelukan dan ucapan yang menenangkan itu akan membuat anak merasa tenang dan merasa dirinya dilindungi.
5. Tidak mampu melakukan sesuatu
Ibu bapa tanpa sedar sering meminta dan mengharapkan anaknya melakukan sesuatu seperti orang dewasa. Ketika makan, misalnya, tanpa sedar ibu bapa meminta atau mengharapkan anak makan dengan cepat dan tidak menumpahkan makanan, padahal anak kecil belum mampu melakukannya. Ini pun boleh menyebabkan anak-anak merengek.
Sikap Ibu bapa:
Jangan memaksa anak melakukan sesuatu yang memang belum mampu dilakukannya. Sentiasa berikan penghargaan walaupun kejayaan yang dicapai sangat kecil untuk mendorong semangatnya sekaligus membangun rasa keyakinan diri. Contoh, "Wah, Nina suka makan sayur ya...tinggal sedikit lagi tu.. cuba habiskan.." Penghargaan itu diberikan ketika anak mampu melakukan sesuatu yang positif.
5 SIKAP POSITIF IBUBAPA DALAM MELAYANI RENGETAN ANAK
1. Berfikir positif
Ibu bapa seharusnya tidak mudah berputus asa bila melihat anak misalnya mempunyai temperament slow to warm up, yang memerlukan masa yang panjang untuk menyesuaikan diri. Berfikirlah secara positif bahwa kita dapat membentuknya menjadi anak yang baik. Dengan keyakinan ini, terbentuklah hubungan yang baik antara ibu bapa dan anak.
2. Tidak mengalah kepada rengetan anak
Cara ibu bapa berinteraksi dengan anak dapat mempengaruhi sikapnya. Misalnya, si anak yang memiliki kecenderungan untuk merengek menjadi semakin teruk jika dia memahami bahawa rengetannya itu dapat dijadikan sebagai senjata bagi dirinya. Apalagi bila ibu bapa selalu memenuhi atau mengalah pada rengetannya. Namun bila ibu bapa bersikap tegas dan tidak mudah mengalah, lama kelamaan rengetan itu akan berkurangan.
3. Tidak memberikan label
Pemberian label kepada anak akan menyebab anak menjadi tidak yakin kepada dirinya sendiri. Bahkan lambat laun ia menjadi anak seperti yang dilabelkan selama ini. Umpama, diberi label “si renget”, dan dipanggil dengan gelaran itu setiap hari, maka sikapnya yang suka merengek akan berterusan.
4. Fokus kepada sikap anak
Untuk membangunkan sikap positif anak, selalulah memerhati tingkah lakunya yang baik dan berikan penghargaan. Jangan hanya memberikan perhatian ketika anak berkelakuan buruk. Contoh, "Wah, hari ini Nina tidak merengek langsung. Ibu suka hati bila Nina berkelakuan begini. Ini dapat menanamkan rasa keyakinan diri pada anak.
5. Tidak membandingkan-bandingkan
Setiap anak memiliki kelebihan dan kekurangan. Tugas ibu bapa adalah memaksimakan kelebihan setiap anak dan meminimakan kekurangannya. Ini dapat menanamkan rasa percaya si kecil bahwa dirinya memang memiliki keistimewaan sama seperti teman-temannya yang lain.
Tip: Sekiranya anda menghadapi masalah anak yang suka merengek...perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mencari faktor penyebab terlebih sebelum menanganinya...
Wallau'alam
Sunday, March 4, 2012
AKTIVITI MURID MORAL
SKMC telah mengadakan aktiviti murid Pendidikan Moral di kantin sekolah pada hari ini. Sarjan Salim penceramah dan pegawai angkat sekolah iaitu Sarjan Baharuddin menyampaikan ceramah keselamatan pelajar dan jenayah kecil. Banyak nasihat yang disampaikan oleh beliau kepada murid-murid dan ceramah beliau menarik serta tidak membosankan.
Beberapa tips keselamatan untuk murid-murid:
1. Jika berlaku perkara yang tidak diingini, murid diajar supaya menjerit dengan kuat.
2. Menggunakan senjata seperti, batu, kayu dan sebagainya untuk melindungi diri.
3. Jangan berbual atau bercakap dengan orang yang tidak dikenali.
4. Jangan memberi maklumat tentang keluarga kepada orang yang tidak dikenali.
5. Tidak membuka pintu atau melayan orang yang tidak dikenali jika mereka datang ke rumah ketika sedang bersendirian.
6. Memasang televisyen atau radio jika bersendirian supaya penjenayah tidak masuk ke rumah.
Subscribe to:
Posts (Atom)