About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Saturday, June 2, 2012

MEMANCING IKAN DI SAWAH

Tahun ni aktiviti memancing ikan di tepi sawah bermula lagi. Selang dua tahun baharu ada semula ikan kat sawah depan rumah ni. Ini kali pertama saya tengok sendiri, sebab balik kampung sempena cuti sekolah. Selalunya tengok sawah dari jauh je. Paling banyak ikan puyu dan ada juga ikan haruan. Seronok tengok orang memancing apabila dapat ikan. Sawah yang diusahakan oleh syarikat swasta ni masih lagi hijau. Kalau padi sudah masak dan aktiviti menuai dijalankan menggunakan mesin nanti, air sawah akan dikeringkan. Ikan -ikan ni sama ada akan berkumpul dalam lopak air atau mati kena mesin menuai.
Yaya dan Aisyah
Bersungguh-sungguh Pn Asmah memancing ikan. Katanya untuk suka-suka je.Dapat ke tidak ikannya? Nampak macam kecik je ikan puyu tu. He..he..he...
Cantiknya pemandangan masa padi belum masak, hijau dari hujung sini, sampai ke hujung sana. Sekali-sekala balik kampung, baharulah kita dapat tengok pemandangan macam ni. Dah bertahun tak jejak kat sawah. Tahun ni sebab nak tengok ikan kat celah-celah rumpun padi tu, turun juga saya ke sini. Subahanallah, menakjubkan ciptaan Tuhan. Entah dari manalah datangnya ikan-ikan yang banyak tu ye? Puan Asmah kata, mungkin dari sungai tempat aliran air masuk ke sawah ni agaknya. Tapi...memang banyak la. Best je tengok.


Quotes to share:


Jika hidup kamu dalam kekosongan, dampingilah keesaan Tuhan…nescaya kamu akan beroleh ketenangan jua kedamaian…

When a miracle happens, even if not to you, its nature is to naturally expand. You can almost feel the warmth on your face - Hugh Elliott

1 comment:

  1. Sy pn prnh hidup brgelumang dgn ikan2 sawah padi,mmancing,mnyauk,mencekik(tangkap pakai tgn),pas tu samb. pula kt sungai,memanah ikan,udang,mmg itu hobi sy dulu2,then tiba2 something happen,sy tk dpt lg mgulangi hobi itu,your artikel n gambar2 sawah padi mgingatkn sy kpd kenangan indah itu,thanks a lot,

    ReplyDelete