About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Sunday, March 18, 2012

MARY JANE PERTAMA SAYA

MJ Klasik
Sebut tentang Mary Jane, mesti ada yang tak tahu jika tak pernah pakai kasut jenis ni atau tak berminat nak tahu tentang jenis-jenis kasut. Saya terfikir nak post maklumat tentang Mary Jane ni selepas membeli kasut jenis ni tahun lepas. Masa tu, saya terpaksa tukar jenis kasut kerana sakit. Tempat pertama yang saya tuju untuk beli kasut yang comfortable  dah tentulah Scholl dan akhirnya telah membawa pulang sepasang kasut Mary Jane pertama saya. 

Walaupun tak berapa suka design kasut tu, tapi terpaksa pakai gak. Harganya pun boleh tahan mahalnya berbanding design yang tak berapa nak cantik tu. Adalah kebaikan tambahan kat kasut tu sebab di dalamnya ada arch support.
  
MARY JANE SCHOLL SAYA
 Tapi sekarang ni dah terbiasa dengan design Mary Jane, kerana nampak unik dan klasik. Saya dah pun beli Mary Jane yang kedua sebulan selepas itu. Tambah semangat nak pakai Mary Jane ni, bila dengar lagu Fergie yang bertajuk Mary Jane. Terfikir dalam hati, "Oh....kasut Mary Jane ni popular ye...aku yang tak tau, he..he..". Sekarang ni, dah rasa selesa memakai kasut jenis ni walaupun mula-mula beli dulu untuk tujuan kesihatan. Walaupun design asal Mary Jane bertumit rendah dan lebar, tapi sekarang ni dah dimodenkan dan ada yang bertumit tinggi dengan pelbagai design menarik, cuma pilih ikut kesesuaian dan kehendak sendiri. Bukan nak promote kasut, tapi ceritakan pengalaman.....saya taklah pakai yang tinggi-tinggi tu..bahaya.
 

MARY JANE

Menurut sumber yang pernah saya baca, Mary Jane ni asalnya adalah watak dalam siri komik Buster Brown yang dicipta oleh artis Richard Outcault pada tahun 1902. Mary Jane tu watak adik kepada watak utama komik ni. Buster Brown sendiri yang memberi ilham untuk jadikan Mary Jane sebagai jenama kasut..

Kasut Mary Jane klasik dulu diipakai oleh kanak-kanak, biasanya dibuat daripada kulit berwarna hitam atau bercorak yang mempunyai tali yang diikat dengan gesper(buckle) atau butang. Toeboxnya luas dan bulat, bertumit rendah dan mempunyai outsoles yang nipis. Mary Jane tradisional dipakai dengan pantyhose atau stoking bersama skirt atau blouse.
 
YSL  tribute to Mary Jane Suede Pumps
(Nampak macam bahaya je pakai kasut tinggi macam ni...)

 QUOTES TO SHARE:
 You have brains in your head,
You have feet in your shoes,
You can steer yourself,
Any direction you choose.
You're on your own,
And you know what you know,
And you are the one who'll decide,
Where to go....
-Dr Seuss (1904-1991)-

No comments:

Post a Comment