Hari raya tahun ini lebih meriah kerana saya dan keluarga melaksanakan ibadah korban. Ibadah korban merupakan perkara yang dituntut kepada orang Islam yang berkemampuan. Hukumnya adalah sunat. Ini kali pertama ia dilakukan di rumah kami. Seekor lembu mewakili 7 bahagian untuk 7 orang. Daging yang telah dilapah disedekahkan kepada orang kampung. Sebahagiannnya kami masak dan adakan kenduri doa selamat. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Semoga ibadah korban yang dilakukan ini diterima Allah s.w.t.
|
Lembu yang dikorban perlulah sempurna sifatnya. |
|
Selepas sembahyang sunat hari raya |
|
Yaya |
|
Ija dan Aisyah |
Ibadah Qurban dilaksanakan sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim yang
ingin menyembelih anaknya, Nabi Ismail kerana melaksanakan perintah
Allah s.w.t. Walau bagaimanapun, peristiwa tersebut sekadar ujian Allah
s.w.t kepada mereka berdua. Mereka telah berjaya dalam ujian tersebut di
mana Nabi Ibrahim sanggup menyembelihkan anak sendiri dan Nabi Ismail
pula patuh dengan perintah ayahnya untuk disembelih. Peristiwa ini
menunjukkan kepatuhan mereka kepada perintah Allah lebih daripada yang
lain walaupun ia melibatkan nyawa dan kasih sayang ayah dan anak. Lalu
Allah telah menggantikan tempat Nabi Ismail dengan kambing (Qibasy).
No comments:
Post a Comment