Pernah dengar pepatah melayu kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa? Terasa nak ulas tentang pepatah ni dalam blog saya kerana terlalu banyak manusia yang masih tidak dapat mengambil pengajaran melalui maksud pepatah ini. Bila saya 'search' pepatah ni di internet, rupa-rupanya sudah ramai orang memperkatakan tentangnya.
Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa perkataan atau perbualan kita juga boleh menyakitkan hati atau menyinggung orang lain. Kita mestilah berhati-hati dalam percakapan sehari-harian. Oleh itu, jika khuatir kita akan mengeluarkan perkataan tidak baik, lebih baik kita berdiam diri. Ini bagi mengelakkan diri daripada menanggung dosa dan bagi mengelakkan orang lain terasa hati. Jika kita sudah mengeluarkan kata-kata yang tidak disenangi orang lain, tentu sukar untuk kita menariknya balik. Lebih buruk lagi jika orang lain silap mendengarnya.
Berkata-kata buruk tentang orang lain dikatakan menyebarkan fitnah. Fitnah boleh berlaku disebabkan pertandingan mendapatkan kuasa, pangkat, menjatuhkan orang lain dan kekayaan. Apa yang disebarkan untuk memburuk-burukkan individu atau kumpulan kerana perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan layak dibandingkan dengan orang lain. Dosa fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, ia tidak diampunkan Allah melainkan orang yang difitnah memberi keampunan. Tentu sukar untuk mengakui kesalahan sendiri dan memohon keampunan daripada orang lain. Dosa fitnah juga menghalang seseorang itu untuk masuk ke dalam syurga. Rasulullah bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah”, hadis riwayat Bukhari dan Muslim. (halaqah.net)

Apakah di antara kesan tidak menjaga tutur kata ?
1-Fakta yang tidak betul dan menanggung dosa
2-Perkataan tersebut menyebabkan saudara Muslim berkecil hati
3-Ukhuwah di kalangan umat Islam tercalar
4-Menyukarkan usahasama dalam kalangan umat Islam
5-Fitnah boleh menyebabkan perpecahan dan huru-hara
6-Nilai peradaban di kalangan umat Islam terkikis dan akan menyebar luaskan dosa dalam kalangan umat Islam
7-Kejayaan dan kegembiraan di pihak musuh (artikel iluvislam.com)

salam.. satu perkongsian yg sgt berguna.. minta izin utk copy yer.. terima kasih..
ReplyDeleteperkongsian yang bermakna..good job.
ReplyDeleteKenapa santan binasa...binasa itu ape bg santan
ReplyDeleteBagus soalan ini, saya juga sering tertanya mengapa pulut boleh membinasakan santan, adakah tradisi zaman dahulu memang selalu mengasingkan pulut dengan santan, apakah signifikan perbezaan antara pulut dengan santan. mesti ada maksud sendiri ingin disampaikan tetua dahulu, meski ayat tersebut hanya pembayang bagi peribahasa tersebut.
Delete