About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Saturday, December 10, 2011

MUZIUM MAMALIA PERSINT DIPLOMATIK





  Muzium Mamalia mengadakan pameran Misteri Sang Buaya. Kami berkesempatan pergi ke sana selepas menghadiri kenduri kahwin saudara di Kuala Lumpur tadi. Buaya yang dipamerkan di sini bukannya buaya yang hidup, tetapi yang telah diawet. Ini termasuklah buaya lagenda yang pernah menjadi sebutan suatu masa dahulu iaitu Buaya Puchong. Kat sini saya masukkan petikan Berita Harian 26.03.1997

Buaya Puchong tiba di Zoo Melaka
MELAKA, Selasa - Buaya jantan berusia lebih 60 tahun yang dapat ditangkap di sungai berhampiran Kampung Seri Aman, Puchong, Selangor pada kira-kira jam 1.10 pagi tadi, tiba di Zoo Melaka, Ayer Keroh dekat sini, pagi ini. Buaya `Puchong' itu tiba dengan sebuah lori untuk diukur serta ditimbang di kawasan Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Bukit Katil dekat sini, pada kira-kira jam 8 pagi. Sebuah kren pula terpaksa digunakan untuk menurunkan buaya itu dari lori apabila tiba di Zoo Melaka. Pegawai Veterinar Zoo Melaka, Razeen Mazlan Abdullah, berkata sepasukan tujuh pegawai Zoo Melaka dihantar ke Kampung Seri Aman selepas dihubungi Jabatan Perlindungan dan Kehidupan Liar (Perhilitan) Selangor pada kira-kira jam 7.30 malam tadi. Katanya, apabila tiba di kawasan berkenaan pada kira-kira jam 12.30tengah malam, pasukan itu bersama-sama dengan pegawai Perhilitan berusaha untuk menangkap buaya terbabit. "Buaya jantan ini yang dipercayai berusia lebih 60 tahun, cuba melepaskan diri apabila ditangkap tetapi akhirnya terperangkap juga dengan leher terjerut pada kira-kira jam 1.10 pagi," katanya. Bagaimanapun, katanya, buaya itu yang terlalu berat hanya dapat ditarik keluar dari sungai pada kira-kira jam 4.30 pagi. Buaya jantan itu sepanjang 5.6 meter serta lebar 1.1 meter adalah seberat 1,250 kilogram. Razeen Mazlan berkata, ini adalah buaya terbesar yang pernah ditangkap oleh pegawai Zoo Melaka. Katanya, buaya itu yang terlalu tua tidak mempunyai gigi lagi dan amat sesuai disimpan di Zoo Melaka. "Pihak zoo akan berusaha memberi buaya ini makan ayam kerana mudah ditelan saja. Buaya ini dianggarkan memerlukan kira-kira 125 kilogram ayam," katanya. Serentak itu, beliau berharap buaya itu akan dapat menjadi tarikan bagi Zoo Melaka untuk menerima ramai pengunjung.(BH)

Tetapi, pada 22.06.1997, Buaya Puchong ini telah mati kerana terlalu tua dan tidak mempunyai gigi menyebabkan ia sukar untuk mengunyah makanan. Kesiannn.....Bangkai Buaya Puchong ini, akhirnya telah diawet dan sekarang dipamerkan di Muzium Mamalia Putrajaya. Memang besar saiz buaya tu. Kalau makan boleh muat lebih kurang 4 orang dewasa dalam perutnya....macam tak percaya, kan. Kalau nak tengok, pergilah ke muzium.

No comments:

Post a Comment