Kelebihan Bulan Ramadhan.
Bulan Ramadhan ialah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.
Antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk untuk manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.
Di pilih antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik dari seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama, Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.
Sempena bulan yang mulia ini, saya mohon ampun dan maaf kepada ahli keluarga, sahabat serta semua kenalan. Semoga dalam bulan ini, semua dosa-dosa kita diampuni Allah s.w.t.
"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA. SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBERIKAN SERIBU KEBERKATAN. HIASI HARI KITA DENGAN AMAL IBADAT, GANDAKAN PAHALA, HAPUSKAN DOSA."
No comments:
Post a Comment