About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Sunday, June 19, 2011

SELAMAT HARI BAPA



Sambutan hari bapa merupakan hari untuk menghargai ketua keluarga. Hari bapa mula disambut hampir di seluruh dunia pada abad ke-12. Terdapat banyak versi dalam sambutan hari bapa. Dalam satu versi, sambutan ini dikata bermula di USA dengan ideanya dicetuskan oleh seorang wanita, Sonora Dodd dari daerah Spokane. Beliau mahu sesuatu dilakukan untuk mengenang bapanya, William Smart, seorang veteran perang saudara yang ditinggalkan oleh isterinya dan membesarkan enam orang anak secara bersendirian di sebuah ladang kecil. Hari bapa yang pertama disambut pada tahun 1910 dengan mengambil sempena tahun kelahiran William Smart sendiri. Sejak tahun 1972, ia disambut setiap tahun apabila bekas Presiden AS, Richard Nixon menandatangani satu undang-undang awam yang menjadikan hari tersebut dicatat di dalam kalendar. (dipetik dari Wikipedia)

Kepada Encik Zakaria bin Husin @ Hussain, "Selamat Hari Bapa". Terima kasih atas pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan. Jasa2mu kami hargai.


Happy Father's Day

A Dad is a person, who is loving and kind, And often he knows what you have on your mind. He's someone who listens, suggests, and defends. A dad can be one of your very best friends! He's proud of your triumphs, but when things go wrong, A dad can be patient
and helpful and strong In all that you do, a dad's love plays a part. There's always a place for him deep in your heart. And each year that passes, you're even more glad, More grateful and proud just to call him your dad! Thank you, Dad...for listening and caring, for giving and sharing, but, especially, for just being you!
Happy Father's Day.

No comments:

Post a Comment