
Comelnya.... Baby ni, namanya tak confirm lagi. Tapi ibunya kata boleh panggil Hakim. Ini anak saudara saya yang keenam. Hakim lahir pada hari Rabu 8 September 2010 lalu. Berat masa lahir, 3.9kg. So, hari ni umurnya baru 7 hari. Ahli baru family kami ni memang dinanti-nanti. Sepatutnya Hakim lahir hari ketiga raya, akhirnya lahir sebelum raya. Alhamdulillah, ibu dan baby sihat-sihat belaka.Hari raya ni, kami sibuk melayan baby kat rumah saja. Jadi kuranglah aktiviti berhari raya ke rumah saudara. Semoga Hakim yang comel, membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh...amin.
No comments:
Post a Comment