About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Thursday, June 24, 2010

AQUARIA KLCC

Melawat ke Aquaria masa cuti sekolah memang seronok. Ini kali kedua kami ke Aquaria. Tapi agak menyedihkan kerana ikan yang ada di sana berkurangan berbanding kali pertama kami melawat ke sana. Terutamanya ikan pari dalam akuarium tu dah berkurang. Kalau dahulu, masa dalam terowong tu, kita boleh nampak banyak ikan pari besar-besar kat sana. Tapi yang ada sekarang kecil-kecil sahaja.

Pada pukul 3.00 petang dijadualkan masa untuk ikan piranna makan. Piranna memang ganas. Ikan ni ada di Sungai Amazon dan sangat sensitif bau darah. Ia merupakan ikan pemangsa. Kat sini juga kita dapatlah tengok ikan jerung dekat-dekat selain dari tengok dalam televisyen.



Gambar ni di ambil di tepi akuarium ikan air tawar. Besar-besar ikannya. Akuarium bentuk silinder di tengah-tengah kawasan ni paling unik. Penuh dengan ikan air tawar yang berenang berpusing-pusing dalam menara silinder tu.




Pelik tak ikan ni. Tapi dah lupa pula apa namanya.



No comments:

Post a Comment