Nota ni masa in house training untuk panitia BM di SKMC.
KERTAS 1: PEMAHAMAN
MENCARI/ MENGENALPASTI KESALAHAN DALAM AYAT
1. Berikan contoh ayat di dalam kelas.
2. Murid membaca ayat dan mereka nyatakan sama ada terdapat kesalahan atau tidak dalam ayat tersebut.
3. Sesi soal jawab kesalahan yang ada dalam ayat dan murid nyatakan alasan kesalahan dari segi tatabahasa.
4. Betulkan kesalahan ayat tersebut.
5. Buat latih tubi aktiviti ini supaya murid biasa mengesan kesalahan ayat dan mengaitkannya dengan tatabahasa yang dipelajari.
Contoh:
a. Ayat :Kucing peliharaan Aminah jinak dan cantik. Dia diberi makanan dan minuman yang cukup setiap hari.
b. Kesalahan: “Dia”. Penggunaan kata ganti nama untuk binatang.
c. Pembetulan kesalahan:
Kucing peliharaan Aminah jinak dan cantik. Ia diberi makanan dan minuman yang cukup setiap hari.
KERTAS PENULISAN (BAHAGIAN C)
TEKNIK P&P BAHAGIAN C (ANSUR MAJU)
Langkah 1: Senaraikan nilai
1. Senaraikan semua nilai murni yang diketahui oleh murid. Contohnya 20 nilai murni atau amalan baik.
2. Perbincangan maksud nilai.
Langkah 2: Ayat situasi
1. Beri ayat situasi kepada murid dan murid nyatakan nilai murni atau amalan baik yang berkaitan.
2. Bina ayat untuk nyatakan nilai berkaitan ayat situasi tersebut.
3. Buat latih tubi ayat situasi ini supaya murid mahir mencari nilai dalam ayat.
4. Contoh:
i. Ayat situasi: Aini memelihara kucing terbiar yang dijumpainya di tepi jalan.
ii. Nilai : Belas kasihan dan menyayangi binatang
iii. Ayat jawapan: Kita mestilah mempunyai perasaan belas kasihan dan menyayangi binatang seperti Aini yang sanggup memelihara kucing terbiar yang dijumpainya.
Langkah 3: Ajar teknik menjawab soalan kepada murid.
1. Berikan contoh soalan peperiksaan.
2. Baca dan gariskan isi penting arahan.
Contoh arahan:
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan dalam satu perenggan.
3. Bentuk arahan selalunya ada beberapa jenis. Jelaskan kepada murid.
i. Nilai murni (wajib cari nilai murni)
ii. Pengajaran (perkara baik yang dicontohi)
iii. Amalan baik (perkara baik yang dicontohi)
iv. Nilai (Nilai murni)
4. Murid diwajibkan membaca petikan kali pertama dan kenal pasti petikan itu positif atau negatif.
5. Baca ayat demi ayat dan cari nilai atau pengajaran yang ada. Catatkan di tepi ayat tersebut.
6. Bina ayat.
Contoh:
Kata nama dan penanda wacana (jika perlu) Nilai murni/ pengajaran/ amalan baik/ nilai Keterangan yang dikaitkan dengan petikan
Kita mestilah menyayangi binatang seperti Aini yang memelihara kucing terbiar yang dijumpainya.
Kita harus
Kita hendaklah
Kita patut
Kita perlu
7. Tulis ayat dalam satu perenggan (letak dua jari untuk perenggan).
8. Wajibkan murid menyemak jawapan dan membetulkan kesalahan tanda baca, struktur ayat dan ejaan.
9. Galakkan murid mengira bilangan perkataan dan menulis bilangan perkataan tersebut di akhir perenggan. Julat bilangan perkataan yang diterima ialah 45 hingga 55 patah perkataan.
LATIHAN:
Nyatakan kesalahan ayat.
1. Di hujung minggu, kami bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah.
2. Semua pelajar-pelajar sekolah itu diminta menjelaskan yuran dengan segera.
3. Pasu itu dibuat dari tanah liat.
4. Kami sekeluarga telah bercuti ke Pulau Pangkor semalam.
5. Permintaan terhadap perabot tempatan menaik sejak kebelakangan ini.
6. Tidak berani kami mandi di kawasan jeram yang kencang airnya itu.
7. Para-para penonton berbaris untuk membeli tiket bas.
8. Menabung merupakan suatu amalan yang perlu disemai sejak kecil lagi.
9. Bangunan itu terlalu tinggi benar.
10. Harjit berlari haru-biru apabila dikejar oleh anjing garang.
11. Fazlina menerima hadiah dari kawan baiknya.
12. Nani sangat rindu dengan neneknya yang berada di kampong.
13. Rumah Aminah terletak berhampiran dengan sebuah sungai.
14. Salwa tidak gemar makan pada restoran itu.
15. Aidil sering rungut akan tugasnya yang banyak.
16. Abang menghadiahkan Amin sepasang kasut bola.
17. Sementara menunggu bubur itu empuk, ibu mengupas bawang.
18. Fikiran Aliyah malap untuk menyelesaikan masalah itu.
19. Separuh murid di sekolah itu tinggal di Kampung Dahlia.
20. Haris tidak berangkat kotak yang berat itu.
No comments:
Post a Comment