About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Monday, February 23, 2015

I LIKE COFFEE

"Eh, minum 'black coffee'? Macam opah-opah kat kampung je."

Ada kawan yang pernah cakap macam ni masa saya minum kopi. Memang saya suka minum kopi. Mungkin disebabkan masa kecil dulu saya tinggal dengan arwah opah. Setiap petang kami akan minum kopi dengan biskut. Rutin tu dah terbiasa dibuat hingga dewasa.
Saya pernah  keluar makan dengan Watie dengan anak-anak dia beberapa bulan yang lalu. Wah, lagi terkejut tengok Naufal ,Rayyan dan sikecik Adam pun suka minum kopi! :). Boleh jadi geng la.
Disebabkan minat dengan kopi, saya bekerja sebagai management trainee di San Francisco Coffee KLCC lepas tamat ijazah di universiti. Agak susah juga nak dapat kerja ni sebab terpaksa melalui 3 peringkat temuduga, tapi sebab nak juga kerja kat coffee shop, saya usahakan juga. Walaupun tak lama bekerja di sini, tapi tahulah serba sedikit tentang jenis-jenis kopi dan cara nak buat kopi yang dijual ikut menu. Minggu pertama kerja sahaja terpaksa hafal resepi untuk semua menu yang ada termasuk bahan-bahan dalam kek dan kuih yang ada di outlet. Pengalaman ni memang seronok. Mat saleh memang suka kopi. Pelanggan yang datang pun  kebanyakannya pemuzik dari Orkestra Philharmonic di KLCC. Semasa di sini la saya tahu apa beza dan rasa esspresso, latte, macchiato, cappucino atau americano. Dah lama tak pergi sini. Note to myself : must go there and enjoy my coffee as a customer. He..he..


Info tentang kopi:
1. Ada artikel yang kata "Coffee is discovered by goat". (Betul ke? Kalau betul lucu la.)
2. Minum kopi jangan lebih dari 1 atau 2 cawan sahaja sehari.
3.Kopi ada banyak antioksidan.
4. Kopi boleh jadikan kita lebih gembira. (Ye ke?)
5. Jangan minum kopi waktu malam. Nanti tak boleh lena. zzz.
6. Coffee make your brain healthier and make you intelligent. (Bestnyer...)

ENJOY WORKING?

Enjoy working? Baru-baru ni saya membaca artikel tentang topik ni. Mungkin sebab nak cari semula perasaan semasa mula-mula bekerja dulu. Dulu rasa semangat sangat sebab teruja dapat kerja. Ahli keluarga pun pelik sebab saya  tukar ke bidang pendidikan walaupun semasa belajar dulu bidang yang berbeza. Daripada aliran Sains terus menceburkan diri dalam bahasa. Walupun rasa rugi ilmu yang pernah dipelajari di universiti dulu tak digunakan dalam pekerjaan sekarang, namun pengetahuan dan pengalaman dulu masih dalam ingatan. Segulung diploma atau ijazah tu walau apa pun bidangnya, ia boleh dijadikan tiket untuk berjaya dalam apa juga pekerjaan yang diingini. Ada juga pelajar sekarang yang terlalu memilih jurusan yang diterima di universiti kerana tidak minat. Nasihat saya supaya mereka rebutlah peluang untuk belajar walaupun apa yang kita inginkan tidak dimiliki. Allah sudah ada perancangan untuk masa depan kita. Buat yang terbaik dan teruskan berdoa.

Suka kata-kata ni.
credit to:http://theappliciousteacher.blogspot.com/

Saturday, January 17, 2015

HAC : HARI ANUGERAH CEMERLANG SKPP11(1) SESI 2014

HAC 2014 diadakan hari ni di Auditorium Jabatan Perdana Menteri. Julung-julung kali diadakan di sini. Lebih grand dari tahun lepas sebab tempat selesa dan ada aircond. Cikgu2 dapat jalankan tugas tanpa berpeluh-peluh. Selepas majlis selesai barulah lega.Kalau dapat videokan aksi2 belakang tabir pelaksanaan HAC ni mesti best. Macam2 perkara terjadi. Yang penting majlis berjalan lancar. Pengorbanan guru untuk hasilkan memori terbaik buat semua murid. Tahniah kepada semua penerima anugerah. Ramai ex tahun 6 yang pergi sekolah asrama penuh dan 3 orang dapat sekolah permata pintar. Semoga lebih sukses di peringkat sekolah menengah.




 





 
  

Sunday, December 21, 2014

BUKU

Big Bad Wolf Book Sale semalam. Macam nak beli banyak je waktu pergi. Tapi sampai kat sana tak banyak buku yang menarik minat saya untuk beli pun. Tapi memang murah-murah la buku kat situ. Cuma dinasihatkan supaya beli buku yang betul-betul kita hendak baca. Jangan membazir dan beli sebab murah je.






“The more that you read, the more things you will know. 
The more that you learn, the more places you'll go.” 

Friday, December 12, 2014

12.12.2014


The great thing about getting older is that you don't lose all the other ages you've been.
Madeleine L'Engle

Sunday, November 23, 2014

I AM BOSS

Artikel micromanager ini saya petik daripada laman web financialsamurai.com. Ia ada kaitan dengan majikan yang terlalu mengongkong dan sentiasa mencari kesalahan pekerjanya sehingga menjadikan situasi di tempat kerja kurang selesa malah tidak memberi keseronokan atau kepuasan. Situasi begini secara berterusan akan membunuh motivasi pekerja-pekerja.

KENAPA MAJIKAN MICROMANAGE?
Jika tahu MENGAPA bos anda adalah micromanager, kita akan berasa lebih baik mengenai diri kita dan menjadi lebih cekap dalam mengendalikan keadaan micromanagement itu. Berikut adalah lima sebab mengapa bos anda adalah micromanager :

1)Tidak berpengalaman atau asasnya tidak selamat. Bos adalah agak baru kepada peranan masing-masing. kurang pengalaman menyebabkan mereka tidak selamat kerana terdapat keperluan untuk bos untuk memahami setiap perkara pekerja yang sedang dilakukan untuk tidur lena pada waktu malam.

2) General neurotic tendencies. Jika bos anda mengalami OCD, dia mungkin mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk menjadi micromanage. Terdapat hanya ketidakseimbangan kimia yang menghalang beliau daripada mempercayai orang lain atau mempercayai keadaan dengan teliti.

3) High performers. Untuk menjadi seorang ketua kita perlu menjadi high performers dalam bidang tersebut. Kadangkala ada high performers yang bukannya ketua yang baik. High performers  mengharapkan orang lain untuk sepadan dengan prestasi mereka walaupun setiap orang mempunyai cara yang berbeza dalam melakukan sesuatu.

4) Tidak cukup sibuk. Jika bos anda tidak cukup sibuk membuat kerja mereka sendiri atau tidak mempunyai apa-apa perkara yang dapat dilakukan, maka dia akan akan sering cuba mewujudkan kerja untuk diri mereka sendiri dan untuk anda.


5) You’re simply messing up. Jika anda melakukan kerja anda "sempurna", anda akan kurang di micromanaged.  Isunya ialah, takrif "sempurna" mungkin berbeza di antara kamu berdua. Ambil masa untuk memahami dengan tepat bagaimana pengurus anda suka perkara-perkara yang perlu dilakukan dan catatkannya

BAGAIMANA MENGHADAPI MICROMANAGER
Empat cara untuk mengawal keadaan
1) Defer and let them do your work
2) Lower your manager’s expectations.
3) Help them get busy.
4) Build trust. 

Friday, November 21, 2014

PENYAKIT HATI


Topik penyakit hati menarik minat saya kali ini kerana saya pernah berjumpa dan menghadapi orang yang ada penyakit hati sombong dan berbangga dengan ilmu atau pangkatnya kepada orang lain. Saya masih ingat kata-kata profesor yang mengajar saya subjek Human Resource Management semasa di universiti dahulu bahawa orang yang terlalu bangga dengan pangkatnya dan memandang rendah terhadap orang lain/pekerjanya hanya akan dihormati kerana pangkatnya sahaja. Apabila hilang pangkat tersebut, beliau akan dilupakan dan tidak dipedulikan.

Ada majikan yang terlalu banyak mencapai kejayaan dan sering mendapat pujian daripada orang lain terhadap kehebatannya merasa diri mereka terlalu hebat dan lupa diri sehingga menganggap pendapat atau tindakan orang lain tidak sesuai diterima. Ingatlah bahawa Allah s.w.t sahaja yang sempurna. Setiap manusia masing-masing ada kelemahannya. Allah boleh menarik kebahagiaaan kita dalam sekelip mata dengan kehendakNya.

Seseorang yang kerana pengetahuannya, dan merasa dengan ilmunya itu hanya dia yang paling hebat dan menganggap semua orang lain tidak mengerti apa-apa , sehingga pendapat orang lain dianggap tidak berguna.Orang seperti ini, selalu menghendaki dirinya dihormati oleh orang lain,disanjung oleh khalayak ramai, oleh atasannya, bawahannya serta sentiasa meminta diberi pelayanan yang baik dan selalu merasa minta dihargai.

Kadangkala ada manusia yang merasakan diri mereka sempurna kerana mempunyai pekerjaan yang hebat , rumahtangga yang bahagia, mempunyai anak-anak dan harta benda sering mempertikaikan rakan-rakan yang kurang bernasib baik seperti mereka.

Contohnya sering bertanya kepada orang yang telah lama berumahtangga tetapi masih tidak mempunyai zuriat dengan pertanyaan "Mengapa takde anak lagi?" atau orang yang belum berkahwin dengan pertanyaan "Mengapa tak kahwin lagi?". Ada juga yang boleh tanya "Mengapa asyik sakit sahaja?". Semua itu Allah yang tentukan. Semua dugaan ada hikmahnya. Setiap manusia ada dugaan masing-masing sesuai  dengan kemampuan mereka.

Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi keimanan, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi dari kesombongan.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)


Saturday, November 15, 2014

KKS GLAM AND GLITTER NIGHT 2014

Dinner akhir tahun SKPP 11(1) diadakan di Hotel Bangi-Putrajaya malam tadi. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Walaupun penat menjadi urusetia majlis, tapi lega kerana majlis berlangsung dengan meriah. Cikgu-cikgu cantik dan segak belaka. Seronok bekerjasama dengan Kak Is, Mail, K.Kerry dan Gee. Gee memang best jadi mc. 

KKS GLAM AND GLITTER NIGHT

Menu kat sini memang sedap.
Cantik 
Semua glam & glitter. Terima kasih kerana semua ikut tema.Kita memang best.


 King and queen of the night
 K.Norish ala-ala pengantin baru
 Aksi-aksi sepanjang majlis: