About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Saturday, November 10, 2018

HARI APRESIASI TAHUN 6 2018

Tahun ini kami dimaklumkan tidak boleh guna perkataan graduasi untuk Tahun 6 dan perlu ubah kepada perkataan lain. Jadi, tahun ini kita gunakan nama Hari Apresiasi Tahun 6.

Pada pendapat saya sebagai guru,  perkataan graduasi kami pilih supaya memberi impak yang positif   kepada murid2. Tujuannya untuk mereka merasai simulasi berada di majlis graduasi universiti dan betapa seronoknya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.Rasanya tidak ada salahnya, kerana mereka juga dipakaikan jubah dan topi seperti pelajar yang menerima ijazah. Entahlah, mungkin ada yang sensitif tentang isu bahasa dan maksudnya, sehingga terlepas pandang dari sudut motivasi. Kami hanya menjalankan tugas dan perlu akur arahan yang diberi. Dunia ni dah ramai orang yang bersikap negatif. Sebagai guru, kami akan didik generasi yang positif dan sentiasa memandang sesuatu perkara daripada sudut positif dahulu sebelum melihat yang negatif selagi berlandaskan hukum agama. Insyaallah.

Jadilah mata lebah dan jangan jadi mata lalat . Kata2 ni saya petik daripada Mantan Pengarah Pendidikan Putrajaya sewaktu beliau menyampaikan ucapan semasa perjumpaan dengan guru2 baharu di Putrajaya pada tahun 2014.  Maksud kata2 beliau akan sentiasa saya ingat. Kita perlukah sentiasa pandang sesuatu yang baik dahulu seperti lebah yang sentiasa mencari madu dan jangan memandang sesuatu perkara dengan negatif sahaja seperti lalat yang sentiasa mencari sampah yang busuk.




































Saturday, October 6, 2018

SUMBANGAN SARAPAN PARENTS DEDIKASI...TERIMA KASIH

Setiap Sabtu semasa kelas tambahan, parents Dedikasi bermurah hati menyumbangkan makanan untuk murid2 memandangkan kantin tidak dibuka pada hari cuti. Terima kasih atas sedekah yang tuan puan berikan. Sokongan parents membuatkan guru2 dan murid2 semakin bersemangat membuat persediaan UPSR.


Wah, sedapnya spagetti bolognese

 
kek pisang
nasi lemak ayam goreng

sumbangan air mineral untuk bacaan yasin.
cream puff
Terima kasih parents Dedikasi yang pemurah. 
Semoga dipermudahkan segala urusan dan anak2 
mendapat kecemerlangan




Mc Donalds.


Ibu dan adik2 Naqiuddin. Terima kasih puan.



Spagetti carbonara.
Berseleranya Azalea dengan Nadrah ni makan.
Wah, dua orang ni tak angkat muka pun. 
Sedap sungguh ke...lapar sangat tu?

Quotes to share:
We make a living by what we get,
But we make a life,
By what we give.
-Winston Churchill-

Segala perbuatan baik adalah bersedekah.