About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Saturday, March 7, 2015

KURSUS MBM DI GENTING VIEW RESORT

Saya mengikuti Program kolaboratif dengan DBP Zon Tengah Siri 1/2015 di Genting View Resort untuk memperkasakan Bahasa Melayu yang diadakan dari 2 hingga 4 Mac 2015. Sebanyak 3 bengkel dengan 3 penceramah jemputan diadakan serentak. Tajuk bengkel yang diadakan ialah Penulisan Cerita Kanak-kanak, Sastera dan Kesantunan Bahasa. Peserta bengkel adalah terdiri daripada guru-guru sekolah rendah dan menengah. Saya berpeluang mengikuti Bengkel Penulisan Cerita Kanak-kanak  bersama penulis buku Nisah Haji Haron. Bengkel yang diadakan sangat menarik dan bermanfaat. Banyak hasil tulisan beliau yang telah diterbitkan seperti Harris Putera yang Hilang,Tawarikh Cinta, dan Kawan Baru Hanani. Peserta bengkel didedahkan dengan cara menulis cerita untuk buku cerita kanak-kanak. Kami semua berpeluang menghasilkan karya masing-masing  semasa bengkel diadakan.

Karya Nisah Haji Haron:

 

 

Peserta mengikuti  bengkel:


 
 

 Sempat menaiki kereta kabel ke puncak Genting Highland:


 

 

  
 Tanaman strawberi di Genting:

  

Quote to share: 

There is no end to education. It is not that you read a book, pass an examination, and finish with education. The whole of life, from the moment you are born to the moment you die, is a process of learning-Jiddu Krishnamurti

Wednesday, March 4, 2015

GIRLS, GIRLS, GIRLS, quality time together!

Santai hari Sabtu di IOI City Mall bersama Yong, Ija, Yaya, Aishah, Aliah and me.





 



 










Monday, February 23, 2015

I LIKE COFFEE

"Eh, minum 'black coffee'? Macam opah-opah kat kampung je."

Ada kawan yang pernah cakap macam ni masa saya minum kopi. Memang saya suka minum kopi. Mungkin disebabkan masa kecil dulu saya tinggal dengan arwah opah. Setiap petang kami akan minum kopi dengan biskut. Rutin tu dah terbiasa dibuat hingga dewasa.
Saya pernah  keluar makan dengan Watie dengan anak-anak dia beberapa bulan yang lalu. Wah, lagi terkejut tengok Naufal ,Rayyan dan sikecik Adam pun suka minum kopi! :). Boleh jadi geng la.
Disebabkan minat dengan kopi, saya bekerja sebagai management trainee di San Francisco Coffee KLCC lepas tamat ijazah di universiti. Agak susah juga nak dapat kerja ni sebab terpaksa melalui 3 peringkat temuduga, tapi sebab nak juga kerja kat coffee shop, saya usahakan juga. Walaupun tak lama bekerja di sini, tapi tahulah serba sedikit tentang jenis-jenis kopi dan cara nak buat kopi yang dijual ikut menu. Minggu pertama kerja sahaja terpaksa hafal resepi untuk semua menu yang ada termasuk bahan-bahan dalam kek dan kuih yang ada di outlet. Pengalaman ni memang seronok. Mat saleh memang suka kopi. Pelanggan yang datang pun  kebanyakannya pemuzik dari Orkestra Philharmonic di KLCC. Semasa di sini la saya tahu apa beza dan rasa esspresso, latte, macchiato, cappucino atau americano. Dah lama tak pergi sini. Note to myself : must go there and enjoy my coffee as a customer. He..he..


Info tentang kopi:
1. Ada artikel yang kata "Coffee is discovered by goat". (Betul ke? Kalau betul lucu la.)
2. Minum kopi jangan lebih dari 1 atau 2 cawan sahaja sehari.
3.Kopi ada banyak antioksidan.
4. Kopi boleh jadikan kita lebih gembira. (Ye ke?)
5. Jangan minum kopi waktu malam. Nanti tak boleh lena. zzz.
6. Coffee make your brain healthier and make you intelligent. (Bestnyer...)

ENJOY WORKING?

Enjoy working? Baru-baru ni saya membaca artikel tentang topik ni. Mungkin sebab nak cari semula perasaan semasa mula-mula bekerja dulu. Dulu rasa semangat sangat sebab teruja dapat kerja. Ahli keluarga pun pelik sebab saya  tukar ke bidang pendidikan walaupun semasa belajar dulu bidang yang berbeza. Daripada aliran Sains terus menceburkan diri dalam bahasa. Walupun rasa rugi ilmu yang pernah dipelajari di universiti dulu tak digunakan dalam pekerjaan sekarang, namun pengetahuan dan pengalaman dulu masih dalam ingatan. Segulung diploma atau ijazah tu walau apa pun bidangnya, ia boleh dijadikan tiket untuk berjaya dalam apa juga pekerjaan yang diingini. Ada juga pelajar sekarang yang terlalu memilih jurusan yang diterima di universiti kerana tidak minat. Nasihat saya supaya mereka rebutlah peluang untuk belajar walaupun apa yang kita inginkan tidak dimiliki. Allah sudah ada perancangan untuk masa depan kita. Buat yang terbaik dan teruskan berdoa.

Suka kata-kata ni.
credit to:http://theappliciousteacher.blogspot.com/

Saturday, January 17, 2015

HAC : HARI ANUGERAH CEMERLANG SKPP11(1) SESI 2014

HAC 2014 diadakan hari ni di Auditorium Jabatan Perdana Menteri. Julung-julung kali diadakan di sini. Lebih grand dari tahun lepas sebab tempat selesa dan ada aircond. Cikgu2 dapat jalankan tugas tanpa berpeluh-peluh. Selepas majlis selesai barulah lega.Kalau dapat videokan aksi2 belakang tabir pelaksanaan HAC ni mesti best. Macam2 perkara terjadi. Yang penting majlis berjalan lancar. Pengorbanan guru untuk hasilkan memori terbaik buat semua murid. Tahniah kepada semua penerima anugerah. Ramai ex tahun 6 yang pergi sekolah asrama penuh dan 3 orang dapat sekolah permata pintar. Semoga lebih sukses di peringkat sekolah menengah.