About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Sunday, July 7, 2013

SUKAN TAHUNAN KALI KE-55 DAN SUKAN MINI KALI KE-10 SKMC

 Kali ini saya bekerjasama dengan Kak Nurul Mahani sebagai pengerusi majlis. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Tugas kita berjalan lancar. Silap sikit-sikit tu takpe, kan.
 Di bawah khemah pengerusi majlis, guru-guru yang bertugas sebagai pegawai hadiah sedang menyusun pingat-pingat untuk para pemenang nanti. Hmm...susun elok-elok, jangan tertukar pula ye...
 Sebelah kiri saya ni, Aimi dan Irni yang menjaga PA System. Pasang lagu best2 tau!
 Rahiman terpaksa pegang antena mikrofon sebab gelombang wireless mikrofon tak sampai. Kesiannya...

Perbarisan sewaktu upacara pembukaan . Masih bersemangat lagi.


Murid-murid bergerak ke khemah masing-masing.

 Murid-murid yang bersedia untuk senamrobik semasa aturcara selingan. Cerianya dia...
 Puan Azizah yang sedang sibuk mengambil gambar video senamrobik.
 Pengacara dapat ambil gambar dari jauh je. Tak boleh pergi mana-mana.
 Kenapa pula Kak Ana nampak risau je?
 Cikgu-cikgu yang keletihan setelah menjalankan tugas...
 Semuanya beri tumpuan semasa penyampaian hadiah diadakan. Rumah warna apa yang menjadi juara tahun ni?
 Walaupun panas, upacara penutup masih meriah.
 Tahniah kepada Pasukan Rumah Merah. Kita dapat juara tahun ni. Tahniah kepada para pemenang. Kalau kalah, cuba lagi tahun depan.

RED WARRIORS JUARA 2013!

Monday, June 24, 2013

SEDIHNYA TENGOK CUACA...

 
Teruknya jerebu hari ni, sampai sekolah ditutup. Banyaknya kerja yang belum selesai minggu ni. Harap-harap esok bertambah baik.
 Selalunya dari sini saya boleh nampak bangunan-bangunan yang banyak. Tetapi dah dua hari ni tak nampak apa-apa pun. Teruknya jerebu ni. Mata pun rasa pedih dan tekak rasa sakit. Nampaknya  perlu kurangkan aktiviti luar, minum banyak air masak dan makan vitamin C untuk elakkan selesema dan demam. Jangan lupa pakai topeng muka jika berjalan di luar rumah.



MESTI BACA

 Buku 'How To Be Interesting' ni sesuai digunakan jika kita rasa bosan, terutamanya jika cuti panjang atau dah tiada kerja nak dilakukan. Letakkan tangan pada kulit buku ni dan tanya diri sendiri, "Apa perkara menarik yang saya mesti buat?" Kemudian, buka mana-mana muka surat yang anda suka. Cuba buat perkara yang dicadangkan dalam muka surat tersebut. Semoga bosan kita akan hilang dan ada perkara menarik yang boleh dilakukan.
Saya pernah terbaca tentang sebuah buku yang agak terkenal tulisan Carol Bolt berjudul 'The Book of Answer". Buku ni membantu orang-orang yang sukar membuat keputusan. Cara yang digunakan, sama dengan buku di atas. 
Namun, keputusan akhir di tangan kita. Fikir baik-baik dan buat keputusan yang rasional. Buku-buku seperti ni hanya untuk suka-suka sahaja. Tetapi, jawapan yang kita dapat daripada buku ini agak menarik juga. Tepuk dada, tanya selera..


Banyak siri di bawah tajuk 'Chicken Soup for the Soul '. Buku yang saya beli berkaitan kisah keluarga. Ini kali pertama saya beli, walaupun selalu nampak di kedai buku. Buku ni mengingatkan saya tentang satu rancangan televisyen yang pernah saya tonton masa sekolah dahulu. Jika tak silap saya, rancangan tu pun tajuk yang sama dengan buku ni. Isi kandungan buku ini tentang kehidupan. Hampir sama dengan kisah-kisah pendek dalam majalah Reader's Digest yang saya beli, iaitu cerita tentang kebaikan manusia yang membantu manusia lain (Good deed).
Cerita dalam buku ni kebanyakannya ada kaitan dengan sikap ahli keluarga kita. Setelah baca buku ni, kesimpulan yang saya dapat buat ialah kebanyakan keluarga mempunyai masalah yang hampir sama.

Sunday, June 16, 2013

NIGHT LEG CRAMPS

 
 'Night Leg cramps' atau kejang  kaki pada waktu malam memang dah jadi masalah yang kerap saya hadapi. Wah...sakitnya sampai boleh terjaga dari tidur. Ini salah satu 'side effect' yang berpunca daripada saraf kaki saya. Hmm...nampaknya saya terpaksa kurangkan aktiviti yang menyebabkan kejang pada waktu siang seperti berdiri atau berjalan terlalu lama. Beberapa tips daripada fisioterapis dan  daripada buku yang saya baca, saya postkan di sini sekiranya ada sesiapa yang selalu mengalami kejang kaki.

Cara mengatasi yang kerap saya lakukan:
 
Kejang kaki waktu malam ni apabila kita merasa denyut, atau sensasi seperti tarikan yang tidak menyenangkan di kaki dan   tidak terkawal untuk menggerakkan kaki. Gejala-gejala ini berlaku terutamanya pada waktu malam atau ketika berehat. Kesakitan yang disebabkan oleh kejang kaki boleh berbeza-beza dalam intensiti dan hanya pulih selepas beberapa saat hingga 15 minit atau lebih. Untuk memulihkannya, gosok perlahan-lahan atau mengurut bahagian yang sakit. Membuat regangan juga boleh mengurangkan kekejangan . Bagi kejang betis, cuba berdiri dan meletakkan berat badan di kaki yang berkenaan dan kemudian bengkokkan  sedikit lutut. Jika terlalu sakit untuk berdiri, luruskan kaki  dan flex hujung jari kaki   ke arah kepala.


Cara mengatasi berlaku kejang kaki :

 
   ('Prevention is better than cure')


1. Kekal terhidrat. Air dan cecair lain diminum sepanjang hari boleh mengelakkan badan kita daripada menjadi kering. Ia juga boleh membantu otot berehat dengan lebih mudah. Air sangat penting untuk menambah cecair badan apabila melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan terus minum air dan cecair lain selepas menjadi aktif.

2. Regangan sebelum tidur. Jika anda mempunyai kejang kaki waktu malam, ia adalah idea yang baik untuk meregangkan sebelum tidur. (Cakap je senang, kadang-kadang saya pun lupa nak buat...he..he..)

 3. Melakukan senaman ringan. Menunggang basikal exersice untuk beberapa minit sebelum tidur boleh membantu mencegah kekejangan semasa anda tidur.

4. Memilih kasut yang tepat. Memakai kasut yang mempunyai sokongan yang betul boleh membantu mencegah kekejangan.

5. Letakkan bantal di bawah lutut ketika tidur menelentang.

Sunday, May 26, 2013

FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013

Hari minggu berjalan-jalan di Karnival Belia Putrajaya. Ramainya orang kat sini. Hari Ahad ni merupakan hari terakhir. Terlalu banyak aktiviti sepanjang karnival diadakan siang dan malam. Namun amat menyedihkan apabila melihat tapak karnival yang bersepah-sepah dengan sampah kerana tiada tong sampah yang mencukupi dan tong sampah yang ada tidak diselenggara dengan baik. Sampai melimpah-limpah. Apa yang sudah terjadi? Kotorlah Putrajaya yang cantik ni.....isyk...isyk...













 
 

 
Photo: #FBP13: Muzik rancak yang dimainkan, menggegarkan lagi Program Pertandingan Aerobikton di segmen Fit & Active...


Thursday, May 23, 2013

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2013

Ikrar guru dan nyanyian Guru Malaysia

Petugas PA system dan Pengerusi Majlis

Beri semangat kepada Habibah yang 'fist time' jadi Pengerusi Majlis.
Barisan guru SKMC yang berdedikasi

Berdisiplinnya murid-murid SKMC hari ni..


Kumpulan kita berjaya mengumpul dana terbanyak untuk BKGK!

Thursday, May 16, 2013

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru. Semoga bertambah rezeki, dikurniakan kesihatan dan kegembiraan.


lucu la korang ni..

 




Sunday, May 12, 2013

HAPPY MOTHER'S DAY


A mother is the truest friend we have, when trials heavy and sudden, fall upon us; when adversity takes the place of prosperity; when friends who rejoice with us in our sunshine desert us; when trouble thickens around us, still will she cling to us, and endeavor by her kind precepts and counsels to dissipate the clouds of darkness, and cause peace to return to our hearts.  ~Washington Irving

Happy mother's day to Puan Asmah. Thank you for all things you have done for our family. We will always love you. I dedicate this song to you. This song is really cute and her voice is really sweet.(source: utube)


Thursday, May 2, 2013

HAPPY BIRTHDAY IJA!


SELAMAT HARI LAHIR. SEMOGA GEMBIRA DAN CERIA SELALU.
STUDY HARD AND GOOD LUCK FOR YOUR EXAM.