About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Monday, June 6, 2016

RAMADHAN

Daily dua for Ramadhan:

AUDIOBOOK

Tahun ini, masa untuk saya membaca semakin kurang. Mungkin kerana terlalu banyak tugasan kerja yang perlu diselesaikan walaupun bercuti. Audiobook merupakan salah satu cara untuk gantikan hobi membaca. Sekurang-kurangnya saya boleh meningkatkan kemahiran mendengar di samping dapat habiskan beberapa buah novel sambil buat kerja lain.
 Antara audiobook yang pernah saya dengar kebanyakannya hasil tulisan penulis yang saya suka Nicholas Sparks dan Cecilia Ahern. Saya juga telah habiskan audiobook Twilight Saga. Setakat ni tak pernah jumpa lagi audiobook dalam Bahasa Malaysia. Sekarang ni sedang dengar audiobook novel "Me Before You" hasil tulisan Jojo Moyes. Tak pernah baca novel Jojo Moyes, tapi nak baca juga disebabkan ada movie yang dibuat berdasarkan novel ni. audiobooks.com antara website audiobook berbayar yang banyak buku menarik, tapi jika nak percuma, search youtube sahaja.
Dengar audiobook sambil semak kertas ;)