About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Wednesday, May 6, 2015

Pertandingan Sahibba Peringkat Putrajaya

Pertandingan sahibba ini diadakan di SKPP16(2). Seramai 4 orang murid menyertai pertandingan ini. Alhamdulillah Farihin dapat memasuki pusingan akhir dan menerima hadiah tempat keempat. Tahniah.











Terima kasih kerana bertanding bersungguh-sungguh dan saingan memang hebat. Walaupun tak mendapat johan, cikgu tetap bangga dengan kamu semua. Mungkin latihan yang cikgu buat masih belum mencukupi disebabkan kekangan masa pada waktu petang kerana kamu semua mengikuti kelas bimbingan Tahun 6. 
 Semoga Farihin dapat memberi saingan yang lebih baik dalam Karnival Bahasa di SK Setiawangsa pada 7 Mei nanti. Insyaallah.
Quotes to share:

Lawatan Penandaarasan dan Perkongsian Amalan Terbaik di SIGS dan SKBBU 2 Johor Bahru

Lawatan ini kami adakan pada 19 April 2015 di bawah kelolaan unit ldp. Seramai 65 orang guru dan staf SKPP11(1) menyertai lawatan ini. Alhamdulillah, syukur kerana lawatan berjalan lancar. Hampir sebulan saya membuat perancangan dan kertas kerja untuk dapatkan peruntukan dan urusan lawatan, akhirnya lega juga selepas semuanya selesai. Terima kasih kerana Mail bantu dan sertai lawatan ni hingga hari Ahad. Warga SKPP11(1) memang awesome. Terima kasih kerana memberi kerjasama melancarkan lawatan ini dan enjoy semasa lawatan. Sekalung terima kasih kepada warga SIGS dan SBBU2 yang memberi kerjasama, layanan dan  sambutan yang sangat baik semasa kami di sana.

SIGS
 
Warga SIGS yang comel-comel












Galeri Puteri Islam

 Latihan memanah di SIGS.




 SBBU2





 Susunan kelas abad ke-21

 

Lawatan yang mengeratkan lagi persahabatan kita.



 Bertolak tepat pada masanya. Terima kasih kerana datang awal ;)

 Bersantai dan membeli-belah di JPO







 Makan lewat malam di tepi laut (JB)



Penginapan dan makanan di UTM Scholar's Inn sangat memuaskan.
 Terima kasih Cik Huda.
 
 
 

Pasar Karat/Pandan Point JB
 
 
 

 Solat dan makan tengah hari di JB

Berehat dan makan di Ayer Itam

 R&R

 Kali pertama kelolakan lawatan sebagai penyelaras ldp untuk guru-guru ke Johor Bahru memberi pengalaman yang banyak kepada saya. Sabar dan usaha pasti mendatangkan hasil. Alhamdulillah....
 Quotes to share: