About Me

My photo
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” Blog ni saya jadikan sebagai catatan perkara menarik yang berlaku dalam aktiviti harian saya. Kebanyakan gambar dan maklumat adalah hak milik saya sendiri. Mana yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Thursday, June 24, 2010

AQUARIA KLCC

Melawat ke Aquaria masa cuti sekolah memang seronok. Ini kali kedua kami ke Aquaria. Tapi agak menyedihkan kerana ikan yang ada di sana berkurangan berbanding kali pertama kami melawat ke sana. Terutamanya ikan pari dalam akuarium tu dah berkurang. Kalau dahulu, masa dalam terowong tu, kita boleh nampak banyak ikan pari besar-besar kat sana. Tapi yang ada sekarang kecil-kecil sahaja.

Pada pukul 3.00 petang dijadualkan masa untuk ikan piranna makan. Piranna memang ganas. Ikan ni ada di Sungai Amazon dan sangat sensitif bau darah. Ia merupakan ikan pemangsa. Kat sini juga kita dapatlah tengok ikan jerung dekat-dekat selain dari tengok dalam televisyen.



Gambar ni di ambil di tepi akuarium ikan air tawar. Besar-besar ikannya. Akuarium bentuk silinder di tengah-tengah kawasan ni paling unik. Penuh dengan ikan air tawar yang berenang berpusing-pusing dalam menara silinder tu.




Pelik tak ikan ni. Tapi dah lupa pula apa namanya.



Monday, June 14, 2010

KAMPUNG

Cuti satu perkara yang memang dinanti-nanti. Walaupun tak ke mana-mana, setiap kali cuti, ramai yang memilih untuk balik kampung. Terutamanya jika kita bekerja di bandar, keadaan dan udaranya berbeza dengan kampung. Bertuah juga jadi cikgu. Waktu cuti sekolah, kita pun cuti juga, walaupun tak dapat cuti sepenuhnya, namun peluang untuk 'recharge' tenaga dan semangat tu ada. Lepas cuti 2 minggu ni, hari tenang saya akan menjadi sibuk semula, terutamanya di sekolah kerana murid tahun 6 hampir menghadapi UPSR dan kuliah semester 2 saya akan bermula.




Gambar ni di ambil depan rumah saya di kampung. Padi dah dituai dan kat depan tu, petak sawah dimasukkan air sebagai persediaan untuk menabur benih padi yang baru. Terlambat sikit la, kalau tidak, kita dapat tengok cantiknya padi masak yang kuning kalau balik masa belum dituai. Sawah ni dah tak dikerjakan oleh orang kampung, tapi telah disewa oleh Jabatan Pertanian di sini untuk diusahakan. Kalau tak, jadi sawah terbiar dan semak sahaja la.

Pernah sekali kalau tak silap saya awal tahun lepas, sawah ni ada ikan. Masa tu pun saya tak berkesempatan tengok. Apa lagi, aktiviti memancing dan menangguk ikan kat tepi sawah la. Banyak juga, tapi ikan-ikan tu kami tak makan, hanya pelihara dalam akuarium.

Satu lagi perkara menarik tentang sawah ni apabila tiba waktu menuai dan membajak. Sekarang ni tanam, tuai atau bajak sawah semuanya dilakukan dengan mesin/jentera. Waktu tu, belakang jentera bajak tu akan penuh dengan burung. Kalau bernasib baik, boleh nampak bangau putih yang datang. Mungkin bangau dari tempat lain (migrate) yang singgah kat sini. Pn Asmah(my mother) kata, padi tahun ni nampak menjadi. Hasilnya tentu banyak.




Wah gemuk-gemuk ayam kat kampung ni. Ayam kesayangan ayah saya ni menjadi tarikan cucu-cucunya waktu pulang ke kampung. Terutama Haras dan Hadif. Duduk mengadap ayam je sampai tak nak masuk rumah. Ayah saya kata, nak tau ayam ni kita punya atau orang lain, pergi je dekat-dekat. Kalau tak lari, ayam kita la tu. Ayam-ayam ni tak merayau ke kawasan orang. Paling jauh pun, main dalam sawah la. Boleh guna ke teori ni? Tapi hanya boleh dipraktiskan oleh tuan yang menjaganya sahaja. Kalau kami yang balik sekali-sekala ni, jangan harap la ayam tu nak tunggu. Semuanya cabut lari.

Minggu lepas Aisyah, Yaya dan Aliyah bercuti di kampung. Masa temankan atuknya beri ayam makan, kami bilang jumlah ayam yang ada. Pening juga Aliyah nak kira. Ayam tu bergerak merata-rata. Kami kira, adalah lebih kurang 45 ekor ayam. Itupun kalau tak terkira 2 kali. Bila nak confirmkan dengan atuk, senang je jawapannya, "Entah la, atuk tak kira pun...."He..he..he...


Quote to share:-

"Life is just a mirror, and what you see out there, you must first see inside of you."
-Wally 'Famous' Amos-

Friday, June 4, 2010

BODY LANGUAGE




Buku ni saya beli kerana isinya sangat menarik. Ia dapat memberi panduan kepada kita untuk lebih memahami orang di sekeliling kita, di samping memperbaiki kelemahan kita sendiri. Saya beli buku ni pada November 2009. Sampai sekarang buku ni masih menjadi "favourite" saya.

Satu perkara menarik daripada penulis buku ini ialah tentang "How to show and detect openness".

Ayat ini dipetik dari buku tersebut : "When people want to be open or honest,they will often hold one or both palms out to the other person."

Teori ni banyak saya gunakan semasa mengajar untuk beri keyakinan kepada murid.
"Trust me, i'm a teacher."


Quote to share:

"Being 'perceptive' means being able to spot the contradictions between someone's words and their body language."

Majlis Hari Guru Parlimen Setiawangsa



Pada 3 Jun 2010, kami telah pergi ke Hotel Nikko Ampang untuk Majlis Ramah Mesra Hari Guru Parlimen Setiawangsa. Majlis ni bermula pukul 3.00 petang. So, kami terus pergi dari sekolah naik lrt. Majlis ini di sertai oleh YB Dato' Sri Zulhasnan Rafique. Semua sekolah di kawasan Parlimen Setiawangsa yang di jemput telah mendapat sumbangan sebanyak RM 3 ribu. Terima kasih...



Kak Eli, K. Liza, Habibah dan Pn Wan. Happy nampak. Senyum sampai ke telinga. Makan-makan... jangan malu-malu. Orang belanja. He..he..



Saya dan Salina tengah control cun untuk bergambar. Gambar-gambar yang kami tangkap ni kureng sikit kualitinya. Pencahayaan tak elok....


Quote to share: -

"Love is a second life; it grows into the soul, warms every vein, and beats in every pulse." By: Joseph Addison